• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home LifeXplore Kesihatan

Hubungan Intim Selepas Berpantang. Apa Akibatnya?

by Jash Lee
March 29, 2020
24
KONGSIAN
Share on Facebook

Mana-mana wanita yang baru melahirkan anak pasti tidak bersedia untuk melakukan hubungan kelamin, namun tanggungjawab harus dijalankan sebagai seorang isteri. Perkara ini mungkin menjadi lebih baik jika pasangan boleh diajak berbincang dan dapat memberi masa rehat yang lebih panjang.

Secara amnya, waktu dan masa yang sesuai untuk melakukan hubungan intim selepas bersalin adalah sehingga pendarahan (darah nifas) si isteri berhenti. Lagipun haram melakukan hubungan semasa isteri masih dalam kedaan nifas.

Pasangan akan mengalami jangkitan yang teruk pada alat kemaluan jika melakukan hubungan semasa pendarahan masih berlaku. Pendarahan ini berlaku selepas sahaja melahirkan dan akan berhenti selepas 3 minggu mengikut hormon badan si isteri. Walaupun darah nifas sudah berhenti sepenuhnya, namun luka dalaman akibat kelahiran masih dalam proses penyembuhan.

Tidak ada istilah waktu tertentu untuk memikirkan tentang seks sehinggalah pasangan bersedia dari segi mental dan fizikal.

  • Ada pasangan yang sudah melakukan hubungan sebulan selepas si isteri bersalin.
  • Ada pasangan yang menunggu sehingga 6 minggu kerana wanita biasanya akan mengalami kekoyakan atau episiotomi.
  • Tetapi kebanyakan pasangan mula mengadakan hubungan seks selepas habis berpantang iaitu 3 bulan atau 100 hari selepas bersalin
  • Bagi suami yang prihatin, selalunya akan menunggu si isteri betul-betul sihat luar dan dalam. Jangkaan masa ialah lebih kurang 6 bulan atau 100 hari selepas si isteri bersalin.
Popmama.com

Minta suami untuk bersabar dan membantu si isteri untuk lebih tenang. Mulakan secara berperingkat kerana si isteri mungkin masih trauma. Jangan terlalu ghairah dan lakukan senaman untuk menguatkan organ intim atau melakukan terapi.

Mungkin pasangan boleh cuba cara lain jika si isteri belum bersedia seperti bermesra dan bersentuhan bersama pasangan.

  • Lakukan banyak sentuhan yang lembut dan ciuman.
  • Cuba berpelukan dan bermesra supaya anda akan beransur-ansur selesa semula apabila disentuh
  • Lakukan dengan berhati-hati dan perlahan-lahan agar tidak menyakitkan
  • Minta suami berhenti jika merasa tidak selesa atau sakit.
  • Cuba posisi yang tidak memberi terlalu tekanan pada bahagian sensitif.

Jangan lupa untuk memberi kata-kata sayang dan pujian pada si isteri kerana pengorbanannya. Yang paling penting, si suami harus tahu yang ramai wanita akan merasa takut untuk bersama selepas bersalin. Penantian itu penyiksaan tapi jika baik untuk kebahagiaan rumah tangga, apa salahnya kan?

#hubungansekssemasaberpantang #hubunganintimsuamiisteri
https://lomp.at/3r5i6
Share18Tweet3SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

via Instagram @shihazikir
Kesihatan

“Slowly But Surely”, Shiha Zikir Kembali Ke Berat Badan Asal Lepas Konsisten Bersenam

by Farah Fatihah
December 17, 2025

Berpeluh di pagi hari bukan sekadar rutin harian, sebaliknya lambang disiplin serta tanda kasih sayang terhadap diri sendiri. Itulah gambaran...

Read moreDetails
Kesihatan

Millenial Tak Rasa Umur Sendiri: Fenomena ‘Age Dysmorphia’ Kian Jadi Realiti

by Iffah Najwa
December 20, 2025

Fenomena generasi millenial yang tidak mengaku usia sebenar kembali menjadi bualan hangat di media sosial. Seorang TikToker, Helen McPherson, mendedahkan...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2026- Golongan Manakah Yang Layak Terima?

  2. 2

    Tolak Cadangan Tunjuk IC, Penjelasan Khairul Aming Buat Ramai Terdiam- “Tak Semua Tahu PDPA Ni”

  3. 3

    Raisa Mahu Peminat Selami Dua Sisi Berbeza Di ‘Raisa Ambivert Tour’

  4. 4

    Garfu Kayu Bentuk Kepala ‘Batman’ Undang Kritikan Netizen

  5. 5

    Kenali Isteri Ku Li, Madamme Alfi dan Kehidupan Keluarga Bahagia Mereka

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore