Saturday, June 28, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selera

COVID-19 : Negeri Sembilan Umum Batalkan Bazar Ramadan 2020

by Khai Azfar
March 27, 2020
24
KONGSIAN
Share on Facebook

Selepas Singapura,Negeri Sembilan telah mengambil langkah berjaga-jaga dengan membatalkan penganjuran bazar Ramadan di negeri itu bagi membendung penularan wabak COVID-19.

Negeri Pertama Batalkan Bazar Ramadan

Menurut Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun, keputusan tersebut dicapai selepas mengambil kira keadaan semasa ketika ini sekaligus menjadi negeri pertama di Malaysia yang membuat keputusan sedemikian.

“Kita putuskan tidak ada bazar Ramadan tahun ini kerana tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilanjutkan sehingga 14 April ini sudah hampir dengan bulan Ramadan”

Jelasnya lagi biarpun pada penghujung PKP kadar kes akan menurun, namun pihaknya enggan mengambil risiko memandangkan bazar Ramadan akan membuatkan lebih ramai orang berada dalam keadaan terdedah.

“Mungkin menjelang hari akhir PKP, kes COVID-19 di negara kita sudah menurun tapi kita tidak boleh ambil mudah dengan buka ruang seperti di bazar Ramadan yang membolehkan rakyat dengan mudah terdedah kepada wabak itu semula,”

Berniaga Di Rumah 

Biarpun begitu, Aminuddin mencadangkan supaya peniaga kecil menjalankan operasi peniagaan di premis atau kediaman masing-masing termasuk menggunakan khidmat penghantaran.

“Peniaga perlu lebih kreatif… kita tidak benarkan mereka berniaga secara terbuka seperti di bazar Ramadan kerana tidak mahu ambil risiko.

“Saya harap masyarakat dapat bersabar dan kerajaan negeri akan berusaha membantu bagi meringankan beban terutama keluarga yang memerlukan,”

Dikhabarkan, negeri-negeri lain turut berpotensi untuk mengambil keputusan yang sama selepas mengambil kira faktor penularan semla wabak itu.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
bazar ramadanbazar ramadan 2020bazar ramadan negeri sembilan
https://lomp.at/dopnl
Share15Tweet4SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Terima Pingat Diraja, Pengorbanan Rita Rudaini Dipersoal Netizen-“Apa Sumbangannya Sampai Layak Diiktiraf?”

  2. 2

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  3. 3

    [VIDEO] “Ada Hikmah Abah Sakit, Akhirnya Anak-Anak Bantu Berniaga” – Aliff Syukri Bersyukur Anak Banyak Membantu

  4. 4

    [VIDEO] Netizen Terkejut Marsha ‘Speaking English’-“Sedap Dengar Accent Dia Tu”

  5. 5

    [VIDEO] Telatah Anak Siti Nurhaliza, Ramai Teruja Tengok Afiyah ‘Speaking English’

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem