Menjadi tanda tanya, adakah bekas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mencari cinta pada Tinder sekarang?

Hal ini telah didedahkan oleh pemilik akaun di twitter dengan nama @bertinder setelah dia memuatnaik beberapa  tangkapan skrin perbualannya dengan pengguna Tinder.

Menariknya, foto ahli politik muda itu kelihatannya digunakan sebagai gambar profil, tetapi dengan nama pengguna yang berbeza iaitu Ricky.

IKLAN
Via Twitter @bertinder

“Bolehkah anda membantu saya mencari lelaki ini? Dia match dengan saya tetapi saya ragu bahawa ini adalah orang sebenar atau hanya menggunakan gambar orang lain, “kata seorang wanita yang pernah berbual dengan Ricky.

Via Twitter @bertinder
Via Twitter @bertinder

Agak mengejutkan dengan kenyataan gadis itu bahawa tidak sedar lelaki itu merupakan seorang ahli politik popular di Malaysia. Malah dia meragui dengan gambar profil yang digunakan oleh akaun tersebut.

“Dia seorang menteri di Malaysia! Bagaimana anda tidak tahu ?! ” tulis akaun @bertinder itu.

Ini Reaksi Saddiq

Tweet itu berjaya memperoleh lebih daripada 17,000 tweet. Malah ia juga menarik perhatian Saddiq juga.

Via Twitter Syed Saddiq

“Ricky Pun Boleh”- tulis Saddiq

Reaksi dari Saddiq ini sudah cukup membuktikan bahawa akaun tu adalah palsu dan bukan dirinya. Malah pemilik akaun Tinder itu boleh didakwa kerana tidak bertanggungjawab dengan sewenang-wenangnya menggunakan gambar orang lain.

Like
Love
Haha
Wow
Sad
Angry