Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

Naz Rahman & Bront Palarae Beri Teguran Buat SENIMAN

by Khai Azfar
April 1, 2020
84
KONGSIAN
Share on Facebook

Semalam, Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN) membuat laporan polis terhadap pelakon Zarina Anjoulie selepas dia dikatakan memuat naik video teguran berunsur hasutan dan juga kecaman terhadap industri seni tanah air.

Naz Rahman Beri Teguran 

Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak SENIMAN di laman Instagram, mereka turut menggalakkan agar lebih ramai artis dan penggiat seni untuk turut sama membuat laporan polis terhadap Zarina. Susulan daripada itu, pengacara Naz Rahman atau nama sebenarnya Nazrudin Habibur Rahman menerusi laman Twitter nya menegur serta memberikan nasihat buat persatuan yang dianggotai oleh kebanyakan penggiat seni itu.

Menurut Naz, dia tertanya mengapa SENIMAN tidak bekerjasama dengan persatuan-persatuan penggiat seni yang lain dalam sama-sama membantu artis dan penggiat seni yang terkesan dengan sumber pendapatan mereka ekoran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang diumumkan sejak dua minggu yang lalu.

Dalam masa yang sama, pengacara Jalan-Jalan Cari Makan ini turut memberikan nasihat agar berhenti membuat sebarang keputusan yang boleh memecahbelahkan industri hiburan tanah air .

“Saya merayu kepada @SenimanMalaysia sudahlah dengan langkah-langkah yang lagi boleh memecahbelahkan kita. #MCO masih panjang, kita tak tau bila Malaysia akan pulih, sudahlah dengan statement seperti ini.

Rosaklah susu sebelanga”

Bront Anggap Bukan Masa Yang Sesuai 

Dalam perkembangan lain, kenyataan dari SENIMAN turut membuatkan pelakon Bront Palarae terpanggil untuk memuatnaik kenyataanya. Nasihat Bront, isu industri perlu ditangani secara dalaman malah dalam masa yang sama Bront memohon agar mereka tidak membebankan lag pihak polis untuk mengendalikan perkara sebegini apatah ketika keadaan negara kini yang sedang gawat.

Kenyataan itu turut disokong rakan-rakan artis seperti Sharifah Amani dan pengguna-pengguna laman Twitter yang beranggapan ini bukanlah masa yang sesuai untuk mengungkit isi-isu seperti itu.

[VIDEO] Gemuruh 'Catwalk' Sampai Lupa Buang 'Chewing Gum', Bront Palarae Mohon Maaf
Bront PalaraeNaz Rahmanpersatuan seniman
https://lomp.at/z8b3h
Share82Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Gossip

Isu Dayana Roza Persoal Kenapa Ramai Lelaki Melayu Curang, Reen Rahim Tampil Beri Respon!

by Naddy Joe
April 15, 2026

Pelakon, Dayana Roza membuat perkongsian bersama peminat selepas tular isu curang dalam perkahwinan orang ramai di media sosial, baru -baru...

Read moreDetails
Berita

Abby Abadi Beri Respon Kenyataan Umisya-“Jangan Berlebihan Mereka-Reka Cerita…”

by Naddy Joe
April 1, 2026

Pelakon, Abby Abadi tampil memberi penjelas selepas kenyataannya mengenai rumah tangga anak perempuannya, Marissa Dania dan Aslam menimbulkan salah faham...

Read moreDetails
Berita

Aeril Zafrel Tampil Beri Teguran Kepada Tareq Fit!-“Haritu Kau Cakap Aku Dayus..”

by Naddy Joe
April 14, 2026

Pelakon dan usahawan, Aeril Zafrel tampil memberikan teguran terhadap jurulatih kecergasan sensasi, Tareq Fit yang meluahkan rasa kesal terhadap penyampai...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Gas Naik Harga? Ini Harga Terkini Gas Bagi Tahun 2026

  2. 2

    Warganet Terharu Petua Mesin Basuh Ini Menjadi!- “Semoga Syurga lah Bagi Siapa Bagi Tips Tu”

  3. 3

    Harga Barang ‘Lock’ Sempena Tahun Baharu Cina Bermula 13 Februari, Ini Yang Orang Ramai Perlu Tahu

  4. 4

    Pesta Songkran Di Petaling Jaya Cetus Tanda Tanya, Kelakuan Pengunjung Tak Senonoh- “Bau Arak Bacin”

  5. 5

    [VIDEO] Bapa Sibuk Gigit Dubai Chew Cookie, Tapi Lain Pula Netizen Nampak- “Tercabut Giginya”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara