Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Jalan-Jalan

Indonesia Umum Batalkan Solat Terawih & Aidilfitri Di Masjid

by Khai Azfar
April 7, 2020
Umat muslim menunaikan ibadah shalat Tarawih pertama di Masjid Raya Sabilal Muhtadin, Banjarmasin, Kalimantan Selatan, Minggu (5/5/2019). Pemerintah menetapkan satu Ramadhan 1440 Hijriah jatuh pada Senin (6/5/2019). ANTARA FOTO/Bayu Pratama S/aww.

Umat muslim menunaikan ibadah shalat Tarawih pertama di Masjid Raya Sabilal Muhtadin, Banjarmasin, Kalimantan Selatan, Minggu (5/5/2019). Pemerintah menetapkan satu Ramadhan 1440 Hijriah jatuh pada Senin (6/5/2019). ANTARA FOTO/Bayu Pratama S/aww.

25
KONGSIAN
Share on Facebook

Menteri Agama Indonesia, Fachrul Razi telah menerbitkan surat edaran berkaitan berkaitan panduan Ibadah Ramadan dan Aidifitri bagi tahun ini tatkala negara itu turut dilanda wabak pandemik COVID-19.

Solat Terawih Dilakukan Di Rumah 

Edaran tersebut dibuat selepas mengambil kira umat Islam akan menjalani ibadah puasa tak lama lagi dan sebagai langkah pencegahan bagi mengurangkan risiko dijangkiti wabak berkenaan.

“Surat Edaran ini bermaksud untuk memberikan panduan beribadah seiring dengan Syariat Islam sekaligus mencegah, mengurangi penyebaran, dan melindungi pegawai serta masyarakat muslim di Indonesia dari risiko Covid-19,” kata Razi dalam kenyataan rasminya pada Isnin.

Dalam surat edaran itu juga terkandung mengenai arahan pelaksanaan Solat Terawih agar dilakukan bersama keluarga di rumah masing-masing.

“Solat Terawih dilakukan secara individu atau berjemaah bersama keluarga di rumah,”

Bukan hanya Terawih, Razi turut mengarahkan agar mereka hanya bersahur dan berbuka puasa di rumah masing-masing sekaligus melarang penganjuran ‘sahur on the road’ atau berbuka puasa bersama kenalan mahupun dalam kelompok besar.

Malah dia mengalakkan agar sepanjang Ramadan,umat Islam negara itu akan memenuhi masa dengan aktiviti tadarus Al-Quran di rumah.

” Tiada berbuka puasa bersama akan diadakan baik dari kelompok kerajaan, swasta, masjid mahupun surau” katanya.

Pelaksanaan Solat Aidilfitri Di Rumah 

Dalam edaran tersebut, Menteri Agama Indonesia itu juga telah merangka panduan ibadah menjelang Aidilfitri kelak.

Solat Fardu Boleh Qada' Ketika Solat Terawih?- Ini Cara Senang & Mudah Nak Faham!

Salah satunya adalah, perancangan untuk takbir Aidilfitri beramai-ramai di kawasan perumahan yang menjadi amalan di negara itu dibatalkan. Malah dia turut meminta masyarakat untuk sekadar menyahut takbir dirumah dengan pelaksanaan takbir Aidilfitri menggunakan pembesar suara di masjid dan surau berhampiran rumah masing-masing.

“Ikatan silaturahim atau halal bihalal yang lazim dilaksanakan ketika hari raya Aidilfitri, masih boleh dilakukan melalui media sosial dan video call/conference,”

Difahamkan, Razi juga telah merangka perancangan untuk membatalkan solat Aidilfitri di masjid atau dimana-mana lapangan. Bagaimanapun, keputusan itu akan dibuat selepas penerbitan fatwa Majis Ulama Indonesia (MUI) berkaitan panduan ibadah Solat Aidilfitri ketika wabak COVID-19.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
aidilfitriberbuka puasasolat terawih
Share23Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Ramai Tak Tahu, Terrapuri Heritage Resort Di Terengganu Ini Dibina Daripada Rumah Melayu Tradisional Berusia Ratusan Tahun

  2. 2

    Bukan Semua Salah Pemandu! Isu Penunggang Motorsikal Bawa Laju Ketika ‘Lane Splitting’ 

  3. 3

    “Naya Aku Macam Ni…”- RTM Tinggalkan Astro, Rakyat Malaysia Kenang Nasib Orang Tua Di Kampung

  4. 4

    Konsert BTS Di Kuala Lumpur: 10 Hal Penting Yang ARMY Perlu Alert

  5. 5

    Kena Sumpah? Ramai Hairan Datum Jelatek Di Keramat Kosong Walaupun Popular Sebab ‘View’ Cantik

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara