Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Teknologi

Padu! Xiomi Sindir Huawei Menerusi Tulisan Di Kotak Mi 10 Pro

by Phic ARMAN
April 7, 2020
Share on Facebook

Xiaomi baru-baru ini telah menyindir jenama Huawei yang tidak dapat menggunakan perkhidmatan Google pada telefon pintarnya. Tulisan sindiran dapat dilihat di dalam kotak pada jualan telefon pintarnya.

Dipetik dari Gizmochina, tulisan dengan bernada ejekan itu terpapar dalam kotak jualan Mi 10 Pro untuk pasaran Eropah. Walaupun tidak ditujukan terus kepada Huawei, ayat di dalam kotak jelas merujuk kepada syarikat tersebut.

“Dengan akses mudah ke aplikasi Google yang sering anda gunakan,” tulis ayat pada kotak jualan.

Ayat itu jelas strategi pemasaran syarikat, tetapi secara tidak langsung menyasarkan kepada Huawei.

Seperti yang diketahui, Huawei kini tidak boleh menggunakan perkhidmatan Google pada telefon pintarnya kerana terdapat sekatan yang dikenakan oleh kerajaan Amerika Syarikat.

Bukan itu sahaja, langkah Xiaomi untuk memasukkan ayat untuk produk yang dijual di Eropah secara tidak langsung memberi isyarat bahawa mereka bersedia bersaing dengan Huawei.

Selain itu, harga yang ditawarkan oleh Mi 10 Pro dikatakan mampu bersaing dengan Huawei, terutama Pro P40. Telefon pintar ini berharga 999 euro.

Untuk maklumat anda, Huawei mempunyai pasaran yang agak besar di Eropah. Huawei sendiri baru-baru ini mengeluarkan P40 dan P40 Pro, yang juga akan dipasarkan di Eropah.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
huaweihuawei mate proMi 10 Pro
Share7Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Foto - Samsung
Teknologi

Kolaborasi Samsung, DC Studios & Warner Bros. Pictures, Peminat Teruja Dengan Pengalaman ‘Supergirl’ Di Rumah

by Nurul A.
July 3, 2026

Samsung Electronics Co., Ltd. mengumumkan kerjasama global dengan Warner Bros. Pictures dan DC Studios, menandakan tayangan pawagam pengembaraan adiwira baharu...

Read moreDetails
Foto - Samsung Malaysia
Teknologi

Khas Untuk Rakyat Malaysia, Rai Hari Merdeka Dengan Ganjaran & Rebat Sehingga RM2600 Dari Samsung!

by Nurul A.
July 10, 2026

Sempena Merdeka ini, Samsung Malaysia Electronics meraikan semangat kebersamaan dengan mengucapkan terima kasih kepada rakyat Malaysia kerana menjadikan Samsung sebagai...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Bau Minyak Melekat Pada Rambut!”- Pengunjung Suria KLCC Luah Rasa Tak Senang

  2. 2

    Mercedes-Benz Liftgate Terbuka Sendiri, Pemilik Kereta Persoal Isu Sensor

  3. 3

    [VIDEO] Didakwa Warga Bangladesh Pandu, Lori Sampah Alam Flora Hempap 3 Kereta

  4. 4

    Kisah Cinta Lama Izzana Salleh & Adam Radlan Jadi Perhatian- “Mereka Sangat Low Profile”

  5. 5

    Isu Permohonan Cerai: Mengapa Netizen Anggap ‘Karma” Buat Hanez?

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara