Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Indonesia

Glenn Fredly Sempat Muatnaik Video Romantis Ini Untuk Isteri Sebelum Meninggal Dunia

by Phic ARMAN
April 8, 2020
236
KONGSIAN
Share on Facebook

Penyanyi berasal dari Indonesia, Glenn Fredly dilaporkan meninggal dunia sebentar tadi Rabu (8/4). Berita itu pada mula muncul selepas Glenn ditemui memasuki ruang ICU di rumah sakit Setia Mitra, Jakarta Selatan.

Berdasarkan maklumat yang disampaika menerusi laman Inserlive, Glenn dilaporkan meninggal akibat meningitis atau radang otak.

Namun sehingga artikel ini ditulis, belum ada pengesahan punca kematian Glenn Fredly.

Diketahui, Glenn sempat memuat naik video yang romantis bersama isterinya di laman Instagramnya. Video itu bersempena dengan hari ulang tahun isterinya. Mutia Ayu turut berkongsi momen romantik dengan Glenn di laman Instagram peribadinya.

View this post on Instagram

A post shared by Glenn Fredly (@glennfredly309)

Glenn baru sahaja dikurniakan cahaya mata pada Februari 2020 yang bernama Gewa Atlana Syamayim Latuihamallo.

Glenn Fredly adalah seorang pemuzik dan penulis lagu yang menjadi terkenal sejak menyanyikan lagu Cinta Putih pada awal tahun 2000an.

Glenn Fredly Deviano Latuihamallo lahir pada 30 September 1975, Glenn memulakan kerjayanya sebagai vokalis Funk Section sekitar 1995.

Tiga tahun kemudian, Glenn bernyanyi solo dan melancarkan album bertajuk GLENN yang mengandungi 8 lagu. Tetapi hanya album kedua, BACK, populariti Glenn meningkat.

Glenn meneruskan karya melalui album  Selamat Pagi, Dunia! (2002), Ost Cinta Silver (2005), Aku & Wanita (2006), Happy Sunday (2007), Private Collection (2008), dan Lovevolution (2010).

Bukan sahaja Glenn Fredly mempunyai kerjaya solo, dia juga membentuk trio dengan Tompi dan Sandhy Sondoro bernama Trio Lestari.

Sebelum dia meninggal dunia, Glenn Fredly berkahwin dengan Mutia Ayu pada 2019, dan mempunyai pernah mendirikan rumahtangga dengan penyanyi Dewi Sandra pada tahun 2006-2009.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Glenn Fredly
Share234Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Lepas Syed Saddiq Dibebaskan, Posting Space Dollah Buat Netizen Tersenyum

  2. 2

    Kejadian Wanita Hamil di Lotus’s Selayang Buatkan Ramai Geram, Netizen Ingatkan Kuasa Boikot

  3. 3

    Naik Flight Biasa, Beratur Di Hospital, Ini Kisah Ameer Mydin Yang Buat Ramai Respek

  4. 4

    Peminat Filem Dedah ‘Dark Side’ Mark Wahlberg Di Penang,-“Jangan Terlalu Excited Dulu”

  5. 5

    Rumah Landed Pun Ada ‘Rules’? Ini Pengajaran Daripada Kes Jenazah Dihalang Masuk Arahsia Residences

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara