Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Indonesia

Keluarga Dedah Keadaan Glenn Fredly Sebelum Meninggal Dunia

by Khai Azfar
April 9, 2020
Share on Facebook

Khabar berita mengenai pemergian penyanyi Indonesia, Glenn Fredly ternyata mengejutkan industri hiburan negara itu apatah lagi penyakit yang dihidapinya dirahsiakan daripada pengetahuan umum.

Pernah Mengeluh Mengenai Penyakit 

Menurut wakil keluarga Glenn dalam satu kenyataan memberitahu, Glenn pernah mengeluh mengenai penyakitnya sebelum ini. Malah sebulan sebelum mendiang menghembuskan nafas terakhir, dia mula berasa tidak sihat sehingga memutuskan untuk menjalani rawatan di sebuah hospital.

“Sebulan yang terakhir, Glenn mula berasa tidak sihat atas penyakit yang dialaminya sehingga memutuskan untuk ditahan di hospital bagi menjalani rawatan lanjut,” kata Mozes

Masih Mampu Berinteraksi Sebelum Meninggal Dunia 

Kongsi Mozes lagi, Glenn masih sanggup dan lakukan aktiviti harian seperti biasa. Namun, keadaan kesihatannya sejak tiga hari yang lalu, semakin merosot. Biarpun begitu, Glenn masih mampu berinteraksi sebelum pergi buat selama-lamanya pada petang Rabu.

Dalam perkembangan lain,pihak keluarga juga berharap agar tetamu tidak menghadiri upacara persemadian Glenn dan cukup hanya sekadar mengirim doa buat mendiang. Proses pengebumian akan dilakukan secara tertutup tengahari ini di Tanah Kusir, Jakarta. Glenn Fredly yang popular dengan lagu Januari telah meninggal dunia pada petang Rabu akibat radang otak. Mendiang yang berkahwin dengan penyanyi dangdut, Mutia Ayu dikurniakan seorang cahaya mata Gewa Atlana Syamayim Latuihamallo yang kini berusia 2 bulan.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Glenn FredlyGlenn Fredly meninggal duniapunca kematian Glenn Fredly
Share2Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Foto - @nadhifbasalamah (IG)
Indonesia

Penyanyi Lelaki Luah Tertekan Jadi ‘Mangsa’ Gangguan Peminat Lelaki- “Saya Rela…”

by Nurul A.
June 30, 2026

Penyanyi lelaki Indonesia, Nadhif Basalamah mencuri perhatian ramai selepas berkongsi pengalamannya diganggu oleh peminat lelaki. Menerusi beberapa ciapannya di platform...

Read moreDetails
Foto - @maiaestiantyreal (IG)
Indonesia

Tidak Gaduh, Tapi Ini Sebabnya Maia Estianty & Suami Tidak Sebumbung Sejak Awal Perkahwinan

by Nurul A.
July 3, 2026

Penyanyi Maia Estianty mendedahkan keunikan perkahwinannya dengan ahli perniagaan Irwan Mussry. Kebiasaannya, pasangan suami isteri akan tinggal bersama, di bawah...

Read moreDetails
Foto - @kitelikenerves (IG)
Spotlight

Penyanyi Pop Indonesia, HNATA Kembali Dengan Single Baharu “nothing stays the same”

by Nurul A.
July 14, 2026

Penyanyi pop Indonesia HNATA kembali dengan single baharu daripada album sulungnya yang akan datang, SAYONARA! bertajuk "nothing stays the same"....

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Berwajah Cantik & Gemar Sukan Berkuda, Anak Saudara Raja Abdullah II Curi Tumpuan

  2. 2

    Pernah Terjumpa Di Bangsar? Ini Kisah Julia Rais Yang Ramai Rindukan

  3. 3

    4 Fakta Pengiran Raabi’atul Adawiyyah, Menantu Sultan Brunei Yang Ditarik Gelarannya

  4. 4

    UNIQLO Lancar Koleksi Hijab Pertama Yang Dinantikan Oleh Hijabis Malaysia

  5. 5

    ‘Yang Bela Anjing Je Faham’- Stacy Kongsi Pengalaman Sendiri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara