Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Sosial Buzz Inspirasi

Suka TikTok! 4 Fakta Lara Khadijah Yang Menjadikan Dr Hisham Trending Di Twitter

by Phic ARMAN
April 17, 2020
14
KONGSIAN
Share on Facebook

Mungkin ramai yang tertanya-tanya bagaimana nama Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah boleh jadi trending nombor 1 di twitter hari ini. Ini gara-gara sepucuk surat dari seorang kanak-kanak perempuan bernama Lara Khadijah McAfee untuk Dr Hisham.

Pelajar berusia 9 tahun ini mengirimkan surat beserta gelang getah atau loom band berwarna kepada Dr Hisham sebagai tanda terima kasih ke atas komitmen Dr Hisham mengetuai pasukan perubatan negara dalam memastikan rantaian penularan koronavirus (Covid-19) diputuskan segera.

So my lil sister wrote a letter for Dr Hisham and sent it to his office. Then today got a whatsapp message with this pic of the official surat, Dr Hisham punya reply to my lil sis. He is so humble and I respect him a lot with what his contributions for our country. pic.twitter.com/IfXMRNaIDH

— iman (@imancullen_) April 17, 2020

Tanpa mengambil masa yang lama, Dr Hisham membalas dengan sepucuk surat rasmi dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Kepada Lara, terima kasih atas surat dan gelang yang cantik itu. Cucu saya memakai dan sukakannya,” tulisnya.

Kata-kata ‘sweet’ Dr Hisham ini telah dikongsikan oleh pengguna twitter dan namanya terus trending.

Jadi siapakah Lara Khadijah yang berjaya menyentuh hati rakyat Malaysia ini? Jom semak 4 fakta ini seperti yang dilaporkan oleh BH Online.

Berdarah Kacukan

Siapa sangka Lara Khadijah memiliki darah kacukan. Bapa Lara, Anuar McAfee berasal dari Kanada merupakan Pengarah Pusat Antarabangsa, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA). Bapanya juga merupakan penulis buku berjudul  “Birds of Terengganu” 

Manakala ibunya Eksekutif Kanan Komunikasi Strategik Kumpulan Terengganu Incorporated, Mutiara Jusuf McAfee, 46.

Gemar Aktiviti Seni

Kata ibunya, Lara amat menggemari aktiviti seni yang berasaskan kemahiran dan banyak mempelajarinya melalui YouTube.

Surat Untuk  Dr HishamTular Kerana Abangnya

Nama Lara menjadi sebutan dan tular selepas surat yang ditujukan oleh Dr Hisham dimasukkan ke laman sosial oleh abang Lara iaitu Iman Cullen Cornelius.

Suka Main Tik Tok

Menurut Iman, Lara sememangnya gemar membuat gelang tangan dari getah  ‘loom band’ sejak dua atau tiga bulan lalu. Selain itu Lara juga mempunya hobi suka membuat video Tik Tok.

Anuar McafeeBapa Lara KhadijahBirds of TerengganuDr HishamIman Cullen CorneliusLara KhadijahMutiara Jusuf McAfeeUniversiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA).
https://lomp.at/kz07f
Share11Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Berita

PMX Titip Ucapan Istimewa Sempena Ulang Tahun Perkahwinan Ke-46, Curi Perhatian Netizen

by Naddy Joe
February 26, 2026

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim mencuri perhatian netizen selepas menitipkan ucapan istimewa sempena ulang tahun perkahwinan beliau bersama...

Read moreDetails
Foto - @rosermaras (IG)
Personaliti

Sangat Menjengkelkan, Ini 5 Zodiak Yang Dilabel Sebagai Pemalas- Jom Check!

by Nurul A.
January 23, 2026

Kemalasan sering dilihat sebagai satu kelemahan yang perlu dielakkan dalam kehidupan. Namun bagi sesetengah individu, sikap ini dilihat sebagai satu...

Read moreDetails
Foto - @koninklijkhuis (IG) / @leo.norqueen (IG) / @norwegianroyalfamily (IG)
Personaliti

Bakal Ratu Eropah Seterusnya, Ini 5 Pewaris Wanita Yang Bersedia Menaiki Tahkta

by Nurul A.
February 23, 2026

Selepas kemangkatan Ratu Elizabeth II, Ratu Margrethe II dari Denmark merupakan satu-satunya pemerintah wanita dalam monarki Eropah. Namun dalam beberapa...

Read moreDetails
LifeXplore

Dulu Temani Kita Di Berita Malam, Kini Amin Hayat Bina Misi Baharu

by Phic ARMAN
January 4, 2026

MURAI percaya, ada suara yang tidak mudah dilupakan. Salah satunya ialah Amin Hayat Abd Rahim , figura yang sekian lama menemani rakyat...

Read moreDetails
Personaliti

YDPA Sultan Ibrahim Gering Akibat Kesakitan ‘Muscoluskeletal’

by Naddy Joe
February 27, 2026

Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dilaporkan kini sedang gering akibat kesakitan muscoluskeletal yang melibatkan bahagian otot dan tulang belakang serta...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    RM200 Sebulan Untuk Rakyat Sabah, Ini Cara Mohon & Semak SYUKUR Sabah 2026

  2. 2

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  3. 3

    Bantuan Kasih Johor 2026, Dari Anak Yatim Hingga Pemandu E-Hailing Semua Dapat Manfaat

  4. 4

    Bantuan Awal Bulan Ramadan 2026: Ketahui Sama Ada Anda Layak Atau Tidak!

  5. 5

    1.5KM Litar Go-Kart Terpanjang Di Asia Kini Di Cheras- Berani Cuba?

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore