Umum maklum tempoh maksimum bagi sesetengah sayur yang dibeli di pasaraya mungkin boleh bertahan dari dua ke tiga hari. Dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP), menjadi masalah untuk mengekalkan kesegaran sayur yang agak lama.

Sebelum ini ada dikongsikan antara sayur yang dilarang untuk disimpan di dalam peti sejuk, kali ini jom lihat cara penyimpanan yang betul untuk mengekalkan kesegaran sayur seterusnya mampu tahan lebih lama.

IKLAN

1Pemilihan Bekas Yang Sesuai Dan Berpenutup

via Nature Fresh Farm

Untuk mengekalkan kesegaran sayur, wajib untuk anda menggunakan bekas yang bertutup dan sebaiknya bekas yang kedap udara. Sekiranya tiada bekas yangbertutup, plastik yang boleh diseal boleh menggantikan bekas anda.

2Menggunakan Tisu Atau Tuala Bersih Yang Basah

via Mingguan Wanita

Untuk mengekalkan kelembapan di dalam bekas, pastikan anda meletakkan tisu atau tuala basah yang dilapik di dasar bekas. Sebaiknya gunakan tisu dapur kerana ini dapat mengekalkan kelembapan yang lebih baik.

3Jangan Sesekali Membasuh Sayur

via Dr Weil

Setelah kembali dari membeli belah, elakkan dari terus meletakkan di dalam peti sejuk. Sebaiknya anda terus memotong sayur ini mengikut saiz yang diperlukan. Perlu diingat, sayur yang dipotong ini jangan sesekali membasuhnya, hanya basuh sebelum masak.

4Simpan Mengikut Keperluan Penggunaan

via Mingguan Wanita

Setelah memotong sayur, sebaiknya dianggarkan kuantiti yang diletakkan di dalam setiap satu bekas untuk digunakan sekali atau dua kali sahaja. Elakkan menyimpan dalam kuantiti yang banyak sekaligus.

5Menyimpan Di Dalam Peti Sejuk

via The Spruce Eats

Setelah sayur disimpan di dalam bekas berpenutup, anda bolehlah susun bekas-bekas ini di dalam peti sejuk. Ingat, sebaiknya elakkan membuka bekas ini berulang kali untuk mengekalkan kesegaran sayur anda.

Jika dilihat kembali, cara ini bukan sahaja dapat mengekalkan kesegaran sayur, malah menjadikan peti sejuk anda nampak lebih kemas, bersih dan teratur. Jom cuba!