Sudah pasti ada di antara kita merupakan penggemar ketam betul? Pemilihan ketam yang baik dapat memberikan kepuasan kepada pembeli apabila ketam yang dibeli masih segar dan mempunyai isi yang banyak.

Menurut halaman Rasa, ada beberapa perkara yang perlu diambil kira dalam pemilihan ketam yang segar. Berikut adalah cara dan tip yang betul untuk membeli ketam.

IKLAN

1Ketam Yang Masih Hidup

via Cameroon Seafood

Jika diberi pilihan, sebaiknya membeli ketam yang masih hidup berbanding ketam yang sudah mati. Ini kerana ketam yang masih hidup sudah pasti akan menghasilkan isi yang segar dan manis.

Cuba untuk menyentuh ketam ini terlebih dahulu dan lihat reaksinya, sekiranya ketam ini bergerak-gerak, ini tandanya ketam ini masih hidup.

2Cengkerang Berwarna Kusam Dan Bergerigi

via Sea Source Food

Menurut halaman Rasa, elakkan membeli ketam yang berwarna terang dan berkilat. Sebaiknya pemilihan cengkerang yang berwarna kusam dan bergerigi adalah yang terbaik.

Ini menunjukkan bahawa ketam ini baru sahaja bersalin kulit dan mempunyai isi yang banyak dan padat.

3Mata Yang Bergerak

via John Kumiski

Selain daripada melihat reaksi tindak balas apabila disentuh dan warna cengkerang yang kusam, sebaiknya anda perhatikan pergerakkan mata ketam. Daripada pergerakkan mata, ini menandakkan bahawa ketam ini masih hidup, segar dan elok.

4Periksa Bahagian Bawah Ketam

via Seattle Washington

Untuk anda yang sukakan ketam yang padat dan bertelur, sebaiknya memilih ketam betina. Dengan melihat alur di bawah permukaan ketam, anda dapat mengenalpasti jantina ketam ini.

Sekiranya alur ini membentuk segitiga dan meruncing, ini adalah ketam jantan. Sebaliknya untuk ketam betina, segitiga ini nampak lebih bulat daripada ketam jantan.

5Elakkan Ketam Yang Berbau

via Web Port

Sekiranya tiada pilihan untuk ketam yang masih hidup, pemilihan ketam yang sudah mati perlulah berhati-hati. Halaman Rasa, menyarankan untuk mengelak dari membeli ketam yang sudah berbau busuk.

Bau ini menunjukkan bahawa ketam tersebut sudah lama mati dan ini memberikan kesan terhadap rasa isinya yang segar.

Jadi mungkin anda boleh menggunakan tip ini sebagai panduan dalam pemilihan ketam. Pasti anda akan berpuas hati dengan duit yang dikeluarkan. Baru berbaloi!