Dibunuh Kejam! Kisah Tragis Anak Lelaki Suzanna Yang Ramai Tak Tahu

936
KONGSIAN

12 tahun bintang filem seram terkenal ini meninggalkan dunia hiburan di Indonesia. Walaupun pemergiannya sudah cukup lama, namun Suzanna yang sudah ada sejak tahun 1950, masih meninggalkan banyak memori kepada peminat filem seram Indonesia.

Ratu Seram Indonesia’

Sebelum dia meninggal pada 15 Oktober 2008, pelakon yang nama sebenarnya Suzanna Martha Frederika Van Osch telah membintangi banyak judul filem seram, termasuk filem legenda ‘Beranak Dalam Kubur’ yang ditayangkan pada tahun 1971. Tidak hairanlah dia digelar sebagai ‘Ratu Seram Indonesia’.

Sebelum mendirikan rumah tangga dengan Clift Sangra, Suzanna sudah berkahwin dengan Dicky Suprapto pada tahun 1959. Dari perkahwinannya dengan Dicky, Suzanna dikurniakan dua orang anak bernama Arie Andrianus Suprapto dan Kiki Maria.

Anak Lelaki Tunggal Meninggal Pada Usia 17 Tahun

Namun, selama ini orang ramai tahu adalah Kiki Maria. Anak perempuan Suzanna mengikuti jejak ibunya yang terjun ke dunia hiburan. Lain pula dengan anak lelaki Suzanna, tidak sempat masuk ke dunia hiburan, Arie Andrianus Suprapto meninggal pada usia yang sangat muda.

Anak pertama Suzanna, lahir pada tahun 1960, meninggal pada tahun 1977. Pada usia 17 tahun. Arie Andrianus Suprapto mempunyai bakat dalam bidang muzik. Melihat bakat yang dimiliki oleh Arie ini, Suzanna juga berhasrat untuk menghantar Arie ke Amsterdam, Netherland, untuk menggasah bakatnya dalam bidang muzik. Namun tidak kesampaian.

Arie juga mewarisi wajah cantik Suzanna. Arie telah menjadi idola kerana dia mempunyai wajah yang tampan.

Via Grid

Selepas tamat sekolah menengah, Arie memilih untuk bekerja di garaj. Motosikal kegemarannya juga sering dibongkar sesuka hati.

Ditikam Sehingga Mati

Pada malam kematiannya, Arie telah mengunjungi rumah teman wanitanya dan memberikan puisi. Tetapi tidak bernasib baik, selepas Arie pulang, dia dipukul oleh sekumpulan pemuda di hadapan rumahnya. Rakan Arie yang bersamanya berjaya melarikan diri, sementara Arie mati setelah ditikam di perut dan tekak.

Kematian anak lelakinya telah memberi kesan luka yang mendalam buat Suzanna. Sehinggakan dia mahu jasadnya dikebumikan di kubur bersama anak lelakinya selepas dia meninggal dunia.

Setelah ditinggalkan oleh suaminya, Dicky Suprapto, Suzanna ditinggalkan anak kesayangannya, Suzanna kembali ke kehidupannya seperti biasa bersama Kiki Maria. Kemudian pada tahun 1983, Suzanna menikah semula dengan Clift Sangra.

+1
3
+1
1
+1
0
+1
0
+1
5
+1
1

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

ARTIKEL BERKAITAN