Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Budaya Islamik

Sambutan Perayaan Aidilfitri Di Malaysia Mungkin Ditangguhkan

by Khai Azfar
April 22, 2020
336
KONGSIAN
Share on Facebook

Susulan penularan wabak COVID-19 yang melanda negara dan seluruh dunia, menurut Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, sambutan perayaan Aidilfitri di Malaysia berkemungkinan akan ditangguhkan.

Wajib Sambut Aidilfitri 

Biarpun begitu, bagi mengelakkan kekeliruan, menurut Zulkifli umat islam wajib menyambut Hari Raya Aidilfitri seperti menunaikan solat Hari Raya namun membataskan amalan ziarah ke rumah tetangga seperti kelaziman.

“Selepas berpuasa sebulan, kita diwajibkan menyambut Hari Raya Aidilfitri pada hari pertama Syawal.

“Kita mesti menunaikan solat Hari Raya sebagaimana dinasihatkan menerusi Perintah Kawalan Pergerakan.

“Mungkin kena bataskan ziarah ke rumah tetangga pada Hari Raya Aidilfitri dan mengamalkan jarak sosial”

Mungkin Ditangguhkan 

Malah sambutan keraian perayaan seperti rumah terbuka dan sebagainya boleh ditangguhkan ke satu masa lain akibat Perintah Kawalan Keselamatan (PKP) dan pihaknya akan berbincang mengenai penangguhan sambutan ini seperti mana yang dilakukan oleh kerajaan Indonesia .

“Tetapi kita boleh menangguhkan keraian perayaannya yang selalu dianjurkan seperti rumah terbuka dan sebagainya.

“Persoalan sama ada untuk menangguhkan sambutan itu ke satu masa lain kerana PKP, kita boleh bincang bersama Majlis Fatwa Kebangsaan selepas mendapatkan pandangan para ulama,” ujarnya.

Sebelum ini, Indonesia telah memutuskan untuk menangguhkan cuti Hari Raya Aidilftri negara itu pada 28 hingga 31 Disember.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
aidilfitrihari raya aidilfitri
Share334Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Semua Pandang Skrin, Luahan Tentang Sikap Penumpang Dalam Pengangkutan Awam Cetus Perdebatan

  2. 2

    “Tak Suka UiTM, Just Decline’- Pensyarah ‘Sound’ Pelajar Yang Terima Tawaran Tapi Tak Minat

  3. 3

    Insentif: Dari Medan Tugas Ke Kelayakan Akademik, Ini Laluan Pintar Untuk Anggota ATM

  4. 4

    Lama Tersimpan Dalam Laci, Tapi Bila Dibuka… Keadaan Telefon Ini Buat Ramai Terkejut!

  5. 5

    Simpati Lihat Penampilan, Lelaki Terkejut Lepas Tahu Identiti Sultan Brunei- “Vibe Seperti Ayah Di Kampung”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara