Ustaz Abu Syafiq Nafi Panggil Ebit Lew Kafir & Riak. Ini Penjelasannya!

471
KONGSIAN

Seperti mana yang kita tahu, pendakwah bebas Ustaz Ebit Lew memang dikenali kerana sikapnya yang pemurah. Malah dia sering dilihat menghulurkan bantuan dan sumbangan kepada insan yang memerlukan.

Walaubagaimanapun, di laman media sosial kecoh kononnya Ustaz Abu Syafiq didakwa memuat naik status seakan kurang bersetuju dengan apa yang dilakukan Ustaz Ebit Lew.

Netizen Serang Ustaz Abu Syafiq

Susulan itu, rata-rata netizen bertindak mengecam Ustaz Abu Syafiq di laman facebook bernama Ustaz Abu Syafiq Al-Asy’ary.

Namun agak mengejutkan apabila terlihat beberapa komen yang dibalas oleh Ustaz Abu Syafiq mengeluarkan kata-kata kesat. Salah satu komen Ustaz Abu Syafiq memanggil Ustaz Ebit Lew sebagai Kafir.

Setelah disiasat, rupanya laman Facebook Ustaz Abu Syafiq  di godam oleh individu yang bertanggungjawab. Hal ini didedahkan oleh Ustaz Abu Syafiq menerusi  akaun Instagramnya sebentara tadi.

Via IG Ustaz Abu Syafiq
Via IG Ustaz Abu Syafiq

Menurut Ustaz Abu Syafiq, dia mahu melaporkan kepada polis mengenai hal ini namun terpaksa ditangguhkan kerana dia masih dalam temph kuarantin.

“Report polis belum saya buat kerana saya dalam tempoh kuarantin 14 hari sebab baru pulang dari Turki”

“Ya. Facebook Laman page saya atas nama Ustaz Abu Syafiq Al-Asy’ary digodam dan tulisan kafirkan orang islam itu adalah fitnah dan palsu sebab tidak mungkin saya sebagai pejuang Ahli Sunnah Hakiki mengkafirkan orang islam begitu..itu fitnah.”

Walaubagaimanapun, Ustaz Abu Syafiq berkata dia sedar ada segelintir pihak yang cuba melaga-lagakan dan tidak puas hati serta mungkin dengki dengannya.

“Beberapa pihak memfitnah saya dan melagakan saya dengan seorang ustaz yang saya tidak pernah jumpa pun ustaz tu”-tulisnya

+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

ARTIKEL BERKAITAN