Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Jalan-Jalan

COVID-19 : Palace Of The Golden Horses Hotel Nafi Tutup Operasi

by Khai Azfar
April 27, 2020
11
KONGSIAN
Share on Facebook

Baru-baru ini tular di media sosial mengenai khabar berita hotel terkemuka, The Palace of Golden Horses yang terletak di Seri Kembangan akan ditutup buat selama-lamanya dan pekerja-pekerja nya terpaksa dihentikan ekoran penularan wabak COVID-19 yang memberikan kesan terhadap hotel itu.

Masih Beroperasi

Bagaimanapun, menurut Ketua Pemasaran dan Perhubungan Awam nya, Shafina Syafei menerusi sebuah kenyataan media menafikan dakwaan tersebut selain turut mengumumkan bahawa hotel tersebut masih beroperasi. Dalam kenyataan tersebut, The Palace of Golden Horses kini telah digazetkan sebagai salah satu pusat kuarantin wabak itu dan kumpulan pertama yang dikuarantin telah pun pulang.

Malah mereka juga sedang bersedia untuk menerima kumpulan kedua selain sedang sibuk dengan pelbagai aktiviti kebajikan termasuklah menyediakan makanan buat 2,500 yang terkesan akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sekitar Kuala Lumpur.

Jazz Hotel Pulau Pinang Ditutup 

Dalam perkembangan lain, Jazz Hotel yang terletak di Tanjung Tokong, Pulau Pinang yang baru sahaja dibuka pada Januari 2019 terpaksa menutup operasi bisnes mereka berikutan terkesan dengan wabak ini. Lebih menyedihkan, hotel mereka dibawah kendalian VHM Hotel Management Group di Ipoh juga turut ditutup. Difahamkan beberapa hotel lain dalam negara turut mengalami nasib yang sama.

Error happened.
covid-19Jazz Hotel DitutupThe Palace of Golden HorsesThe Palace of Golden Horses Ditutup
https://lomp.at/v3fzj
Share8Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Saya Tak Halalkan Tax Saya Diguna Untuk B40”- Perbalahan Rakyat Tentang Subsidi BUDI95 Makin Panas

  2. 2

    Rakyat Bimbang? 5 Perkara Tentang BUDI MADANI Yang PMX Baru Je Umum, Anda Perlu Faham

  3. 3

    “Naya Aku Macam Ni…”- RTM Tinggalkan Astro, Rakyat Malaysia Kenang Nasib Orang Tua Di Kampung

  4. 4

    Arab Saudi Laksana Hukum Hudud, Saiful Apek Kecewa Yassin Masih Ditahan Atas Tuduhan Berat

  5. 5

    Simpati Lihat Penampilan, Lelaki Terkejut Lepas Tahu Identiti Sultan Brunei- “Vibe Seperti Ayah Di Kampung”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara