Vivy Yusof Nafi Ciplak Idea Rekaan Fesyen ‘SleepyLllama’

196
KONGSIAN

Ketika ini, trending di laman Twitter mengenai usahawan terkenal Datin Vivy Yusof selepas syarikat miliknya, The dUCk Group dikatakan telah meniru idea rekaan model dan pereka fesyen SleepyLllama atau lebih dikenali sebagai Nia.

Kecewa Rekaan Ditiru Fashion Valet 

Terdahulu, Nia menerusi laman Instagram nya meluahkan rasa kecewa kerana rekaan selendangnya bersama Soonaru seolah-olah mirip dengan rekaan The dUCk Group yang telah dilancarkan semalam.

Dedah Nia, dia telah menghasilkan rekaan tersebut sekitar dua tahun lalu malah turut melancarkan serta memasarkan produknya di platform Fashion Valet. Namun, dia begitu sedih kerana rekaannya seperti ditiru oleh jenama berkenaan selain memohon Vivy untuk merombak semula pasukan kreatifnya dalam menghasilkan sesuatu rekaan.

Menerusi carian Murai.my di laman Twitter, rata-rata warganet mengecam tindakan Vivy selain menuntut usahawan tersebut membuat permohonan maaf. Malah ada diantara mereka yang mula ingin memboikot jenama berkenaan.

https://www.instagram.com/p/B_hetcqpHBu/

Vivy Terkilan 

Dalam perkembangan lain, Vivy telah menjelaskan lebih lanjut mengenai isu berkenaan di Insta-Story nya.

Tegas Vivy, dUCK sama sekali tidak akan meniru idea pereka lain kerana mereka sudah berbincang mengenai rekaan tersebut yang dinamakan sebagai The Artsy dUCk sejak Jun 2018. Malah dia turut memuat naik bersama bukti email perbincangannya bersama pereka fesyen mengenai rekaan tersebut.

Luah usahawan itu lagi, dia berasa terkilan kerana dituduh mencuri idea lain apatah lagi hasil jualan rekaan terbaharu ini akan disumbangkan kepada rumah anak-anak yatim yang terkesan ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini. Biarpun begitu, warganet terus hangat memperkatakan mengenai nya selain turut membanjiri ruangan komen posting terbaharu Vivy dengan pelbagai kecaman.

+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
1
+1
0

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

ARTIKEL BERKAITAN