Friday, June 20, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home HotList

Top 12 Glambot Pilihan Ramai! Yuna Curi Perhatian Peminat

by Khai Azfar
April 30, 2020
170
KONGSIAN
Share on Facebook

Buat anda yang pernah menonton acara karpet merah kebanyakan anugerah utama industri hiburan Hollywood, pastinya sinonim dengan E! Glambot,yang setia menanti merakam aksi para selebriti pada skala 1000fps gerak perlahan kamera video.

Figura di sebalik kamera tersebut semestinya, Cole Walliser, seorang jurugambar dan pengarah filem Kanada. Mengenai Glambot, ianya merupakan sebuah ‘cinebot’ dari kamera flex Phantom 4K yang tersedia dengan lensa Leica Summilux. Tidak terlepas dari ‘lensa Murai’, kami tampilkan 10 Glambot pilihan ramai termasuklah aksi comel dari bintang kebanggaan Malaysia, Yuna.

Top 12 Glambot Pilihan Ramai!

Lady Gaga

View this post on Instagram

A post shared by Cole Walliser (@colewalliser)

Setiap ekspresi yang ditonjolkan oleh Gaga baik di belakang tabir sememangnya tidak pernah mengecewakan. Digelar sebagai Queen of Glambot oleh Cole sendiri, penyanyi dan pelakon ini pasti akan tampil dengan pelbagai aksi yang cukup mengagumkan di hadapan kamera. Malah Gaga sendiri pernah beraksi di hadapan kamera canggih ini di beberapa acara.

View this post on Instagram

A post shared by Cole Walliser (@colewalliser)

Katy Perry

Di saat Katy bertemu dengan Cole pada acara Anugerah Grammy tahun lalu, kedua-duanya begitu teruja apatah lagi pernah bekerjasama dalam penghasilan filem dokumentari pendek mengenai perjalanan Katy menerusi California Dreams World Tour 9 tahun lalu.

View this post on Instagram

A post shared by Cole Walliser (@colewalliser)

Digelar sebagai The Cotton Candy Queen, bagi Cole penyanyi ini begitu bermakna dalam sejarah perjalanan kariernya sebagai seorang pengarah.

Rita Ora

View this post on Instagram

A post shared by Cole Walliser (@colewalliser)

Antara selebriti terawal yang beraksi di hadapan kamera canggih ini! Tampil dengan pakaian rona biru, Rita tampak yakin dengan aksi yang ditonjolkannya. She nailed it!

BTS

Kumpulan kegemaran Cole ini sudah semestinya tidak akan pernah terlepas dari lensa Glambot dalam setiap kali acara yang dihadiri mereka.

View this post on Instagram

A post shared by Cole Walliser (@colewalliser)

Biarpun dengan ahli kumpulan yang ramai, setiap daripada mereka sememangnya pandai beraksi dengan gaya masing-masing. Tidak hairanlah ramai gadis cair dengan kumpulan BTS

View this post on Instagram

A post shared by Cole Walliser (@colewalliser)

Jennifer Lopez

View this post on Instagram

A post shared by Cole Walliser (@colewalliser)

Jennifer Lopez atau lebih dikenali sebagai J-LO sememangnya punyai aura tersendiri. Buktinya, hanya memerlukan beberapa saat untuk beraksi di hadapan Glambot, sudah mampu membuatkan ramai orang terpukau termasuk suaminya sendiri, Arod yang menemaninya ketika itu.

View this post on Instagram

A post shared by Cole Walliser (@colewalliser)

Bintang Black Panther

View this post on Instagram

A post shared by Cole Walliser (@colewalliser)

Wakanda Forever! Tampil dengan aksi ringkas namun begitu eksklusif, pelakon-pelakon filem Black Panther seperti Danai Gurira, Letitia Wright, Winston Duke dan Lupita Nyong’o mempamerkan gaya dari kebiasaan mereka dalam filem itu.

Bebe Rexha

Nampaknya, usaha Bebe Rexha melaram sakan dalam dress kembang merah berbaloi apabila Glambot berjaya rakam aksi penyanyi ini yang menunjukkan sisi mewah dress tersebut. Kali pertama mungkin agak biasa, namun Rexha tampil lebih yakin dengan aksi yang kedua. Lihat video ini!

View this post on Instagram

A post shared by Cole Walliser (@colewalliser)

Awkwafina

View this post on Instagram

A post shared by Cole Walliser (@colewalliser)

Selebriti verstail ini membuktikan dia mampu lakukan hampir segala-galanya. Sama seperti karakter nya yang lucu, Awkwafina menunjukkan aksi spontan yang cukup ‘cool’ di hadapan Glambot.

Doug The Pug

View this post on Instagram

A post shared by Cole Walliser (@colewalliser)

Perkenalkan anjing paling glamor di dunia, Doug The Pug yang merupakan binatang pertama beraksi di hadapan kamera Glambot! Siapa sangka, seperti sudah terbiasa dengan populariti yang dimilikinya, Doug tampil dengan aksi yang mungkin lebih baik jika dibandingkan dengan selebriti-selebriti lain. Ooops!

Ariana Grande

View this post on Instagram

A post shared by Cole Walliser (@colewalliser)

Jika Lady Gaga adalah Ratu Glambot, Puteri Glambot pula disandang oleh Ariana Grande. Antara tontonan paling banyak antara kesemua Glambot dengan capaian lebih dari 2 juta tontonan, gaya Ariana sememangnya ‘kena’ dengan karakter comel yang dimilikinya. Salah satu aksi kegemaran kami!

Rosalia

View this post on Instagram

A post shared by Cole Walliser (@colewalliser)

Dikhabarkan Rosalia adalah selebriti yang mendapat permintaan paling tinggi untuk beraksi di hadapan Glambot. Dengan gaya yang ditonjolkan pada anugerah Grammy yang lalu, tidak hairanlah penyanyi ini mendapat perhatian ramai

Yuna

Terbaru, penyanyi yang berasal dari Malaysia Yunalis Zarai atau lebih dikenali sebagai Yuna mencuri perhatian peminat apabila tampil di hadapan kamera popular ini. Menurut Cole, dia begitu meminati album Yuna terbaharu berjudul Rogue dan teruja kerana dapat berinteraksi secara langsung menerusi IG Live bersamanya baru-baru ini.

View this post on Instagram

A post shared by Cole Walliser (@colewalliser)

Menerusi ruangan komen, Yuna sempat berseloroh dengan memberitahu dia agak malu apabila Cole berkongsi pandangannya mengenai diri Yuna.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
1
+1
0
+1
0
+1
0

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

glambotglambot Yuna
https://lomp.at/4ke85
Share86Tweet35SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Fattah Amin Duduk Di Sebelah katil Amira Othman Buatkan Netizen Tersenyum!

  2. 2

    “Seronok Sangat Tayang Bahagia”-Elfira Loy Akui Sering Bergaduh Dengan Suami

  3. 3

    [VIDEO] “Lagu Paling Sampah Dari Penyanyi Muda!” – Macam Galakkan Lagi Penonton, Netizen Kecam Teguran PU Syed

  4. 4

    [VIDEO] Telatah Anak Siti Nurhaliza, Ramai Teruja Tengok Afiyah ‘Speaking English’

  5. 5

    “Tak Kisah Kalau Ejen Ali Potong Filem Keluarga Kami”-Syafiq Yusof Tak Mahu Lagi Dibelenggu Takhta Filem No. 1 Malaysia

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem