Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Sosial Buzz Inspirasi

“Muka Semua Bersih Jer”- Ebit Lew Sebak Bagi Nasihat Kepada Banduan Akhir

by Phic ARMAN
May 2, 2020
23
KONGSIAN
Share on Facebook

Apa perasaan anda sekiranya berpeluang menatap mata banduan yang dijatuhi hukuman mati di penjara. Tak semua yang kuat untuk bertemu dan berkongsi perasaan dengan mereka. Namun itulah yang dihadapi oleh pendakwah bebas Ustaz Ebit Lew yang sering menjadi sebutan rakyat Malaysia.

Pada bulan Ramadan yang mulia ini, Ebit Lew berkesempatan melawat banduan akhir di penjara Kajang untuk memberikan nasihat dan membaca doa buat mereka. Menariknya, rata-rata mereka mengenali Ebit Lew dan terkejut di atas kehadirannya.

Menerusi laman Youtube Ebit Lew, dia berkongsi memuatnaik video pengalaman di sana bersama para banduan dan ini perasaannya.

“Melangkah ke sel banduan akhir. Jumpa 40 banduan akhir di Penjara Kajang. Dapat jumpa 40 banduan akhir di Penjara Kajang buat hati ini menangis. Baru mula beri sedikit nasihat dan doa semua menangis teresak-esak tadi. Masa cerita perjuangan Nabi saw dan keluarga. Sebut tentang mak ayah.”- tulisnya

Ebit Lew akui dia merasai sebak tatkala melihat para banduan menangis ketika menyampaikan nasihat kepada mereka.

“Mereka semua kenal saya. Happy sangat mereka. Menangis semua terharu. Muka semua bersih je. Dahi hitam-hitam. Sujud atas sejadah dan simen agaknya. Tapi air mata mereka saya rasa macam mutiara. Sebak tengok mereka menangis. Kita belum tahu nasib akhir kita. Hanya ampunan dan reda Allah yang kita harapkan”- tambahnya lagi.

Ebit Lew sempat bersembang dengan salah seorang banduan akhir yang meluahkan rasa rindu yang teramat kepada terhadap anaknya. Agak menyedihkan apabila Ebit Lew meminta lelaki tersebut mengikut bacaan doa yang dibacakan untuk mak dan ayah.

Topik Berkaitan Kes Ebit Lew Masuk Fasa Kritikal, Mahkamah Arah Bela Diri

Kurang dari 5 jam di muatnaik di Youtube, video tersebut mendapat lebih 160 ribu tontonan dan 18 ribu likes. 

Ini bukan kali pertama Ebit Lew berkunjung ke penjara, 2 bulan lalu beliau baru sahaja menziarah para banduan akhir di Perlis.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Ebit Lew
Share20Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Tolonglah Normalkan Diri Jadi ‘Anjing’ JPJ”- Zhiddin Aziz Perjelas Maksud Istilah Digunakan

  2. 2

    Bayar RM600 Tapi Tak Dapat Duduk Homestay? Luahan Keluarga Cetus Perdebatan Tentang Hak Pengguna

  3. 3

    Baby Shima ‘Bidas’ Zhiddin Aziz Selepas Dihina Di Media Sosial?-“Saya Alhamdulillah Tak Ciplak Karya Orang…”

  4. 4

    Beacon Resort Dekat KL Ini Buat Ramai Mahu Pergi, Tak Sangka Seindah Ini!

  5. 5

    “Masih Jadi Keluhan Pengguna,” Isu RFID dan SmartTag Di Plaza Tol Kembali Hangat Diperkatakan

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara