Seorang gadis yang dikenali dengan nama Ria Ernawanti berasal dari Nusa Tenggara Barat, Indonesia telah mencuri perhatian nerizen. Gadis ini terpaksa disiasat oleh pihak polis setelah video TikToknya, yang dianggap mempersendakan agama, menjadi viral di media sosial.

Dalam video tersebut, Ria Ernawanti dilihat menunaikan solat  dengan memakai telekong, kemudian bergoyang dengan iringan muzik TikTok.

Video itu kemudian dimuat naik ke media sosial, dan mendapat pelbagai komen buruk dari warga yang kesal kerana tindakan RE dianggap memperlekehkan agama.

“Kami telah menahan pelaku kerana menghina agama dengan menari sambil solat diiringi muzik,” kata pegawai polis dipetik dari Suara.com.

Berdasarkan maklumat yang diperoleh polis, pelakunya mengaku melakukan tindakan itu kerana mahu menghiburkan dirinya.

“Pelaku mengaku seronok dengan membuat video TikTok dan memuat naiknya ke media sosial,” jelasnya.

Alat polis meminta masyarakat, agar bijak dalam menggunakan aplikasi tersebut, agar insiden gangguan terhadap agama oleh Ria Ernawanti tidak berulang.

IKLAN
Like
Love
Haha
Wow
Sad
Angry