Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

Ditegur PU Syed, Kekasih Zarina Anjoulie Dedah Bukti Sebenar!

by Khai Azfar
May 8, 2020
17
KONGSIAN
Share on Facebook

Semalam, Pencetus Ummah (PU) Syed sekali lagi telah memberi teguran secara terbuka buat pelakon Zarina Anjoulie dan kekasihnya gara-gara sering kali berkongsi posting mesra hubungan mereka untuk tatapan umum.

PU Syed Persoal Niat Anju

Dalam posting PU Syed, dia telah berpesan kepada pasangan ini untuk tidak melanggar batas-batas yang dilarang dalam agama Islam selain mempersoalkan tujuan Zarina atau juga mesra disapa sebagai Anju memuatnaik video berkenaan.

https://www.instagram.com/p/B_4eyhRnHmW/

Bagaimanapun, tidak lama kemudian Anju membalas dakwaan berkenaan yang meminta orang ramai untuk mengikuti penjelasan sebenar menerusi akaun Instagram teman lelakinya yang dikenali sebagai Eilyas Azhar.

Kekasih Anju Dedah Bukti 

Dalam penjelasan panjang lebar Eilyas, dia akui akan kekhilafan mereka sebelum ini kerana pernah ditegur oleh PU Syed. Malah, dia telah menghubungi PU Syed menerusi DM Instagram nya dengan memohon maaf serta turut bertanyakan beberapa persoalan termasuk mengenai urusan pernikahan mereka.

Jelas Eilyas, dia enggan orang ramai terus memberi tanggapan negatif kepada mereka, justeru itu dia mengharapkan agar PU Syed dapat membantunya memberi penjelasan mengenai urusan pernikahan ketika Perintah Pergerakan Kawalan (PKP) yang dilaksanakan sehingga ke hari ini.

Tidak lama kemudian, PU Syed telah memadam posting tersebut serta meminta Eilyas merujuk urusan berkenaan kepada pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Difahamkan, kekasih kepada Anju ini turut meminta panduan daripada beberapa pendakwah terkenal seperti PU Azman dan PU Amin.

PU Syed Beri Teguran Terhadap Zarina Anjoulie & Daddy Ash!

Kecewa Dengan Sikap PU Syed 

Biarpun begitu, Eilyas berasa kecewa kerana PU Syed sekali lagi memuatnaik posting yang menegur mereka secara terbuka kononnya pasangan ini sekali lagi memuat naik video-video yang mengaibkan. Dedah Eilyas, jika sebelum ini dia menghormati PU Syed namun kerana posting tersebut dia kini berasa sebaliknya.

Menurutnya, selama ini dia telah berusaha untuk mencari jalan yang terbaik untuk mempercepatkan proses pernikahan mereka akan tetapi kerana PKP urusan tersebut sedikit sebanyak mengalami kesulitan dan membuatkan niat mereka tertangguh.

Tambahnya lagi, sekiranya PU Syed ingin memberi teguran kepada mereka, pendakwah tersebut boleh menghubunginya secara peribadi dan bukanlah mendedahkannya kepada umum.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
kekasih Zarina AnjouliePU Syedzarina anjoulieZarina Anjoulie PU Syed
Share15Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Tak Suka UiTM, Just Decline’- Pensyarah ‘Sound’ Pelajar Yang Terima Tawaran Tapi Tak Minat

  2. 2

    Semua Pandang Skrin, Luahan Tentang Sikap Penumpang Dalam Pengangkutan Awam Cetus Perdebatan

  3. 3

    Insentif: Dari Medan Tugas Ke Kelayakan Akademik, Ini Laluan Pintar Untuk Anggota ATM

  4. 4

    Gambar Pernikahan Anak Perempuan Ku Nan, Nadira Dengan Anak Menteri Indonesia

  5. 5

    Ramai Tak Tahu, Terrapuri Heritage Resort Di Terengganu Ini Dibina Daripada Rumah Melayu Tradisional Berusia Ratusan Tahun

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara