Usahawan dan personaliti, Datin Vivy Yusof  telah menjadi mangsa para netizen ‘buta fesyen’ apabila koleksi baju raya yang digayakan olehnya sempena hari raya disamakan dengan roti jala dan alas meja.

Menurut Vivy, baju-baju yang digayakan itu merupakan rekaan dari jenama tempatan. Pelbagai koleksi telah disediakan kepada pelanggan dan ia boleh didapati melalui laman membeli-belah Fashion Valet . Namun beberapa koleksi yang ditunjukkan itu kini menjadi satu bahan sindiran di ruangan komen di Instagram.

Walaubagaimanapun, tidak kurang juga yang memuji busana disarung oleh Vivy kerana sangat cantik digayakan pada hari raya nanti. Bagaimana pendapat anda?

IKLAN