Sunday, May 22, 2022
  • HANGAT.COM
  • DIVA MY
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Inspirasi
  • Selera
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Inspirasi
  • Selera
No Result
View All Result
Murai MY
No Result
View All Result
Home Budaya Lebaran

7 Petua Untuk Pastikan Biskut Raya ‘Homemade’ Tidak Lemau & Tahan Lama

by Aphit J.
May 23, 2020
7 Petua Untuk Pastikan Biskut Raya ‘Homemade’ Tidak Lemau & Tahan Lama
Share on Facebook

Bila tiba hari raya, pasti ada pelbagai jenis biskut raya akan terhidang atas meja. Untuk tahun ini, kelainan diberikan apabila kerajaan melanjutkan Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP) sehingga selepas Hari Raya dan hal ini menyebabkan kebanyakkan daripada kita memilih untuk membuat sendiri biskut raya.

Ini beberapa perkara yang anda perlu tahu untuk mengelakkan homemade biskut raya anda menjadi lemau.

Elak Simpan Biskut Raya Sejurus Keluar Dari Oven

via Taste of Home

Kuih raya yang baru siap dikeluarkan dari oven akan menjadi sedikit lembik. Jadi, elakkan menyimpan biskut raya anda di dalam bekas sejurus mengeluarkannya daripada oven. Biarkan seketika di luar sehingga ia menjadi betul-betul sejuk, kemudian simpan dalam bekas yang disediakan.

Keringkan Bekas Sebelum Guna

via Survival Freedom

Pastikan bekas yang digunakan dalam keadaan kering. Jika anda membasuh bekas biskut raya anda, pastikan bekas tersebut kering dengan mengelap menggunakan tuala bersih ataupun tisu dapur. Tindakan ini akan memastikan tiada lebihan air yang akan menjejaskan biskut raya anda.

Simpan Di Dalam Bekas Kedap Udara

via Taster of Home

Salah satu punca biskut raya menjadi lemau adalah disebabkan terdedah dengan udara. Pilih bekas yang kedap udara untuk mengelakkan udara daripada diserap oleh biskut dan memastikan biskut di dalam keadaan yang rangup dan tahan lama.

Masukkan Bungkusan Kecil Berisi Garam Ke Dalam Balang

via The Ladders

Tip ini agak menarik! Untuk mengelakkan kelembapan, masukkan bungkusan kecil yang berisi garam di dalam balang anda. Sifat garam yang menyerap kelembapan dapat membantu biskut anda untuk kekal tahan lama.

IKLAN

Alas Setiap Lapisan Biskut Dengan Kertas Kalis Minyak

via Alicdn

Kertas kalis minyak mampu menyerap lebihan minyak yang terhasil daripada biskut anda. Letakkan setiap lapisan biskut dengan kertas kalis minyak, dan cara ini akan kekalkan biskut menjadi rangup.

Tabur Sedikit Gula Pasir Di Dalam Bekas

via Leberrold

Cara ini lebih kurang sama seperti meletakkan uncang garam di dalam bekas biskut. Bezanya anda hanya perlu menabur beberapa cubit garam di dalam bekas dan seterusnya tindakan ini akan menjadikan biskut anda rapuh dan tidak berbau.

Jemur Tepung Dan Gula Terlebih Dahulu Sebelum Membuat Biskut

via Nutracella

Petua zaman dahulu sekiranya mahukan kuih raya jadi ringan dan tahan lama, pastikan anda menjemur tepung dan gula dahulu sebelum membakar. Hal ini akan menjadikan biskut anda mempunyai rasa yang lebih enak dan rangup.

Apa tunggu lagi! Tip kami dah kongsikan, jom mulakan mambakar sempena persediaan menyambut raya.

 

 

***Jangan lupa langgan saluran Telegram Murai untuk kemas kini berita terkini. 

Tags: biskut homemadecara bakar biskutelak biskut raya lemaupetua membakar biskuttip biskut raya rapuhtip elak biskut raya lemau
Share3Tweet2SendShareShare

ADVERTISEMENT

ARTIKEL BERKAITAN

Susah Nak Jumpa Ni! Jom Lihat Biskut ‘Legend’ yang Menjadi Juadah Hari Raya
Lebaran

Susah Nak Jumpa Ni! Jom Lihat Biskut ‘Legend’ yang Menjadi Juadah Hari Raya

by Caera
May 4, 2022

Setiap kali sambutan Aidilfitri, selain dari ketupat, lemang dan rendang, biskut raya atau kuih raya pasti akan menjadi antara hidangan...

Read more
Jangan Sedih! 5 Perkara Yang Menyeronokkan Jika Bekerja Di Hari Raya
Lebaran

Jangan Sedih! 5 Perkara Yang Menyeronokkan Jika Bekerja Di Hari Raya

by Aphit J.
May 4, 2022

Hari Raya adalah hari yang ditunggu-tunggu oleh semua umat Islam. Pada hari ini, semua umat Islam akan meraikan kemenangan setelah...

Read more
Macam- macam! 8 Jenis Orang Yang Anda Temui Semasa Hari Raya
Budaya

Macam- macam! 8 Jenis Orang Yang Anda Temui Semasa Hari Raya

by Caera
May 4, 2022

Bulan ramadhan bakal melabuhkan tirainya dan masa yang dinanti-nantikan oleh umat Islam sudah semakin terasa. Setiap tahun semasa Hari Raya,...

Read more
Memang Cantik! Ini 10 Pusat Beli Belah Dengan Dekorasi Raya Yang ‘Gempak’ Di Selangor
Jalan-Jalan

Memang Cantik! Ini 10 Pusat Beli Belah Dengan Dekorasi Raya Yang ‘Gempak’ Di Selangor

by Naddy Joe
May 3, 2022

Syawal menjelang tiba, dan musim perayaan ini tentunya sinonim dengan pelbagai hiasan dan dekorasi  hari raya yang bukan sahaja memeriahkan...

Read more
Load More

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Kahwin Jela Dato, Halal Nak Pegang Mana Pon” – Ini Respon Fadzil Zahari Apabila Tengok DSV Dan Lucinta Luna Bersentuhan Di Pavilion

  2. 2

    Muat Naik Video Di Lapangan Terbang, Netizen Persoalkan Sajat Balik Malaysia?

  3. 3

    [EKSKLUSIF] “Kak Nita Pernah Luahkan Rasa Sedih Dengan…”- Bekas Pengarang Kongsi Isi Perbualan Dengan Anita Sarawak

  4. 4

    “Longgarkan Sedikit Pakaian, Kesian Dekat Abang Dan Adik Tahfiz” – Netizen Tegur Cara Berpakaian Janna Nick

  5. 5

    Zul Ariffin Kongsi Gambar Berjoging, Ini Yang Netizen Perasan Pada Gambar Tersebut

Murai MY

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: [email protected]

  • Pengiklanan
  • Penafian
  • Kerjaya
  • Hubungi Kami

©2021 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Inspirasi
  • Selera