Wednesday, July 2, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Budaya

Senang Jer Nak Kasi Wangi! Ini 5 Petua Elak Rumah Berbau Selepas Memasak

by Aphit J.
May 24, 2020
324
KONGSIAN
Share on Facebook

Kebanyakkan rumah di bandar sekarang ini tidak mempunyai tingkap yang banyak. Ini sekaligus memberikan kesan sekiranya anda memasak di rumah di mana bau masakan akan menyelubungi satu rumah sehinggakan melekat di baju.

Walaupun sudah dibuka pintu dan tingkap seluasnya, tetapi bau tersebut masih terdapat dalam rumah. Di sini kami kongsikan cara untuk membuang bau masakan di dalam rumah mengikut halaman Vanila Kismis.

Merebus Daun Limau Purut

via Rasa

Kita sedia maklum bahawa daun limau purut mengeluarkan bau yang sangat harum. Disebabkan itulah daun ini juga turut digunakan di dalam masakan dek kerana baunya yang harum.

Untuk memastikan rumah anda dalam keadaan harum, ambil lima ke enam helai daun limau purut kemudian rebus menggunakan secawan air. Setelah itu, tutup api dan biarkan air rebusan ini dalam keadaan terbuka kerana bau yang terhasil dapat mewangikan kediaman anda.

Kulit Limau Dan Kulit Kayu Manis

via Bukanaku

Cara yang sama digunakan seperti daun limau purut. Rebus sehingga mendidih kulit limau bersama kulit kayu manis dan setelah itu biarkan air rebusan tersebut sejuk.

Setelah sejuk, masukkan air rebusan di dalam botol semburan dan gunakan sekitar dapur dan juga ruang lain.

Hirisan Daun Pandan

via Blog Kesihatan

Daun pandan juga merupakan daun yang cukup popular dalam penghasilan bau yang harum. Menurut halaman Vanila Kismis, hiriskan daun pandan dalam saiz yang kecil dan letakkan di dalam bekas yang terbuka. Pasti ruang anda akan menjadi harum dengan bau pandan ini.

Potongan Limau Kasturi

via Kosas

Hiris limau kasturi dengan nipis dan letakkan di dalam bekas atau mangkuk berisi air. Biarkan air ini berada di atas meja dalam keadaan terbuka agar baunya dapat memenuhi ruang rumah anda. Bukan itu saja, mungkin ini boleh dijadikan salah satu hiasan kediaman anda.

Menggunakan Arang

via Maskulin

Arang berfungsi sebagai penyerap bau yang sangat efisien. Ada kalanya, kita menggunakan arang dan diletakkan di dalam peti sejuk untuk menyerap bau yang tidak enak.

Menurut halaman Vanila Kismis, selitkan arang di dalam pasu bunga ataupun kawasan yang berdekatan dengan dapur agar ia dapat menyerap bau dengan cepat.

Tidak perlu berbelanja yang besar untuk memastikan rumah anda kekal berbau harum. Bukan sahaja menggunakan bahan semulajadi yang tidak membahayakan, malah bahan-bahan ini senang untuk di dapati di sekitar anda.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
cara menghilangkan bau masakankegunaan arangkegunaan daun limau purutkegunaan daun pandankegunaan kulit limaupetua arangpetua rumah wangitip hilau bau masakantip rumah harum
https://lomp.at/aq1r3
Share141Tweet76SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Terima Pingat Diraja, Pengorbanan Rita Rudaini Dipersoal Netizen-“Apa Sumbangannya Sampai Layak Diiktiraf?”

  3. 3

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  4. 4

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  5. 5

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem