Pelakon sinetron popular, Naysila Mirdad dan kekasihnya Roestiandi Tsamanov dikhabarkan akan berkahwin pada tahun ini. Tetapi terpaksa ditunda kerana wabak korona.

Selain berita mengenai perkahwinannya, desas-desus juga tersebar bahawa Naysila Mirdad berhasrat untuk menjadi mualaf dan mengikuti agama bakal suaminya.

IKLAN

Bapa Naysila, Jamal Mirdad mengatakan bahawa ada kemungkinan Naysila berniat menjadi mualaf untuk mengikuti agama suaminya. Apatah lagi dalam ajaran Islam, berkahwin dengan orang yang seagama adalah penting.

 “Insyaallah (Nay pindah agama), kerana itulah yang paling penting, betul,” kata Jamal.

Walaupun begitu Jamal mengaku tidak terlalu banyak campur tangan dalam hubungan Naysila dengan kekasihnya. Suami kepada Lydia Kandou ini menyerahkan apa sahaja keputusan Nay nanti.

Tetapi Jamal berharap Naysila dapat segera menamatkan zaman bujang anaknya memandangkan usia sudah memasuki 31 tahun.