Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Budaya Islamik

Ini Senarai Syarat Solat Jumaat & Aidilfitri Di Perlis,Johor & Perak

by Khai Azfar
May 14, 2020
Share on Facebook

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan, negeri Perlis Johor dan Perak telah mengumumkan aktiviti solat Jumaat dan solat Aidilfitri kelak akan dibenarkan.

Syarat Solat Jumaat & Aidilfitri Di Perlis,Johor & Perak

Meskipun begitu, aktiviti solat ini akan ditetapkan dengan beberapa syarat yang ditetapkan termasuklah hanya 12 orang jemaah sahaja dibenarkan. Berikut kami tampilkan syarat-syarat bagi Solat Jumaat dan Solat Aidilfitri bagi ketiga-tiga negeri ini yang telah ditetapkan

  1. Bilangan jemaah tidak melebihi 12 orang terdiri daripada Imam, khatib, serta jawatankuasa kariah
  2. Dibenarkan lakukan solat Jumaat bermula esok
  3. Warga emas berusia 60 tahun ke atas adalah tidak digalakkan
  4. Setiap jemaah perlu membuat pemeriksaan suhu badan, sanitasi tangan dan rekod kehadiran
  5. Setiap jemaah diarahkan untuk berwuduk terlebih dahulu sebelum hadir ke masjid
  6. Sejadah masing-masing juga perlu dibawa sendiri.
  7. Mereka yang mempunyai gejala seperti demam, sesak nafas, sakit tekak dan selsema serta mempunyai sejarah kesihatan seperti kencing manis, darah tinggi, penyakit barah dan sebagainya tidak dibenarkan hadir
  8. Tempoh masa bermula azan, khutbah hingga solat Jumaat dan tempoh masa bermula takbir hingga selesai solat sunat Aidilfitri dihadkan tidak melebihi 20 minit.
  9. Penyusunan saf perlu mengikuti prosedur yang ditetapkan Kementerian Kesihatan (KKM)
  10. Sebarang jamuan makanan tidak dibenarkan selepas solat sunat Aidilfitri
  11. Khutbah tidak melebihi 10 minit

Sebagai info, masjid dan surau sehingga kini masih belum dibuka untuk orang ramai, sebaliknya kebenaran tersebut hanya diberikan kepada ahli jawatankuasa kariah serta pegawai masjid dan surau sahaja.

Buat mana-mana masjid dan surau yang gagal mematuhi syarat-syarat tersebut, kebenaran mengadakan solat Jumaat dan solat sunat Aidilfitri tersebut akan ditarik semula.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
solat aidilfitri 2020
Share2Tweet1SendShare

KINI TRENDING

No Content Available
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Luahan Nasib Anak Mona Fandey Yang Ramai Tidak Tahu-“Terpaksa Telan Air Liur Ayahnya?”

  2. 2

    Lebih 300,000 Tonton Aksi Shila Amzah Di China, Tapi Kisah Di Sebaliknya Lagi Menarik

  3. 3

    Dari Nasi Lemak Ke Sambal Petai, Village Park Buka ‘Chapter’ Baharu Selepas 24 Tahun

  4. 4

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  5. 5

    Elak Kelam-Kabut! Ini 7 Tips Persiapan Hari Raya Yang Ramai Terlepas Pandang

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara