Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Budaya Islamik

Boost Meluaskan Bayaran Zakat Tanpa Tunai ke Tiga Negeri Lagi

by Phic ARMAN
May 21, 2020
Share on Facebook

E-dompet tempatan Boost kini menambah tiga negeri—Pahang, Negeri Sembilan dan Sabah—kepada ciri bayaran dalam aplikasi, membolehkan pembayaran Zakat tanpa tunai yang lancar dan mudah untuk lebih ramai umat Islam memenuhi tuntutan agama mereka. Dengan ini, enam negeri termasuk Selangor, Wilayah Persekutuan dan Kedah melantik Boost sebagai agen kutipan Zakat rasmi.

Dengan kurang daripada seminggu lagi sehingga Ramadan berakhir, masa semakin suntuk untuk umat Islam memenuhi tuntutan Zakat mereka. Tetapi, pengumuman Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) mungkin menyukarkan rencana untuk ke pusat pungutan Zakat.

Mematuhi undang-undang Islam, bayaran Zakat e-dompet melalui Boost adalah sah tanpa Lafaz Akad. Dengan ciri bayaran ini, pengguna kini boleh membuat bayaran Zakat Fitrah atau Zakat Harta secara langsung di aplikasi Boost, kepada Lembaga Zakat Selangor (LZS), Pusat Pungutan Zakat – Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP), Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK), Majlis Ugama Islam & Adat Resam Melayu Pahang (MUIP), Perbadanan Baitulmal Negeri Sembilan (PBMaINS) dan Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS).

View this post on Instagram

A post shared by Boost App (@myboostapp)

Pengguna boleh membayar Zakat dengan mengklik jubin Zakat di laman utama. Pertama, akaun Zakat perlu didaftarkan dengan memilih agensi Zakat negeri penerima bayaran, kemudian pengguna perlu menyertakan nombor kad pengenalan, nama, dan nombor telefon bimbit sebelum melengkapkan pembayaran.

Maklumat tentang harga beras juga tersedia di aplikasi. Selesai pembayaran, pengguna akan menerima resit melalui e-mel, yang boleh digunakan untuk tujuan pelepasan cukai individu.

“Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang teruja dengan kerjasama bersama Boost untuk memudahkan urusan umat Islam di dalam negeri ketika memenuhi tuntutan Zakat Fitrah, dengan membolehkan pembayaran mengikut kelapangan masing-masing. Kerjasama ini tepat pada masanya berikutan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) untuk mengawal penularan COVID-19 di dalam negara. Kemudahan yang ditawarkan oleh aplikasi Boost membolehkan pembayaran Zakat bila-bila dan di mana sahaja. Langkah ini seiring dengan saranan kerajaan untuk kekal di rumah bagi mengelakkan kontak dengan virus. Oleh itu, kami berharap kerjasama ini akan memastikan pungutan Zakat pada tahun ini tidak terkesan meskipun ketika pandemik COVID-19 melanda,” ujar Dato’ Ahmad Hairi Bin Hussain, Setiausaha Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang.

Selain membolehkan pembayaran Zakat dari aplikasi e-dompet, Boost juga tersenarai sebagai cara pembayaran dalam talian zakat di laman sesawang Tabung Baitulmal Sarawak.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Ramadan Jadi Lebih Bermakna, MAIWP Agih RM17.44 Juta Untuk Asnaf di KL, Putrajaya Dan Labuan
Boosthari rayaZakat
https://lomp.at/5iul3
Share3Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Saya Tak Halalkan Tax Saya Diguna Untuk B40”- Perbalahan Rakyat Tentang Subsidi BUDI95 Makin Panas

  2. 2

    “Naya Aku Macam Ni…”- RTM Tinggalkan Astro, Rakyat Malaysia Kenang Nasib Orang Tua Di Kampung

  3. 3

    “Dah Banyak Kes Orang Sakit Mental”- Rakyat Mula Resah, Kuota BUDI95 Didakwa Punca Kesihatan Terjejas

  4. 4

    Rakyat Bimbang? 5 Perkara Tentang BUDI MADANI Yang PMX Baru Je Umum, Anda Perlu Faham

  5. 5

    Bukan Semua Salah Pemandu! Isu Penunggang Motorsikal Bawa Laju Ketika ‘Lane Splitting’ 

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara