Setelah perjalanan antarabangsa dibenarkan oleh kerajaan, para pelancong akan dapat menikmati Restoran terbaru di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Para penggemar seni masakan berpeluang berkunjung restoran Jamie Oliver pertama di Malaysia. Berita ini telah disahkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif kumpulan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB), Mohd Shukrie Mohd Salleh, seperti dipetik dari Free Malaysia Today.

Namun, informasi lebih lanjut tidak banyak yang dinyatakan selain fakta bahawa ia sedang dalam proses. Di Asia Tenggara sahaja, chef selebriti ini mempunyai cawangan di Singapura iaitu Jamie’s Italian di Forum The Shopping Mall, serta Restoran Jamie Oliver Kitchen di pantai Kuta di Bali dan Bangkok, Thailand.

IKLAN

Dalam perkemabngan lain, Mohd Shukrie mengatakan taman edutainment bertema lapangan terbang KUL KidZania akan dibuka, yang menawarkan pengalaman menarik dan menyeronokkan kepada anak-anak merasai pengalaman bekerja di lapangan terbang.

KidZania Pertama Di KLIA

Taman edutainment, katanya, akan menjadi lapangan terbang Kidzania pertama di dunia. Ini adalah kerjasama antara KLIA dan KidZania Kuala Lumpur untuk membantu anak-anak lebih memahami bagaimana lapangan terbang berfungsi sambil mencuba pekerjaan yang berkaitan dengan operasi lapangan terbang.

Like
Love
Haha
Wow
Sad
Angry