Ketika umat Islam meraikan hari raya pada 1 Syawal yang lalu, rakyat Malaysia digemparkan dengan perubahan kepimpinan Finas.

Hal ini mula disedari setelah pelakon dan penerbit filem Datuk Hans Isaac memuatnaik sepucuk surat rasmi dari FINAS. Surat yang ditandatangani oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia (KKMM), Datuk Saifuddin Abdullah itu merupakan penamatan kontrak sebagai Pengerusi FINAS.

IKLAN
Via IG Pablo Amirul

Walaubagaimanapun, Hans mengucapkan terima kasih semua warga KKMM (Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia), FINAS dan anak seni yang turut memberikan kerjasama.

Pada sisi lain, rata-rata mengucapkan tahniah kepada Zakaria Abd Hamid sebagai Pengerusi baharu Finas menggantikan Hans. Turut diumumkan ialah pelantikan Presiden Yayasan KRU, Datuk Norman Abdul Halim sebagai timbalannya.

Perubahan ini turut mendapat reaksi dari anak seni tempatan. Pelakon berbakat Pablo Amirul mempersoalkan adakah perubahan ini akan membawa kepada penyelesaian masalah terdahulu.

“Adakah akan membawa perubahan atau sekadar pengisian? Maaflah kita nak pemimpin yang aggressive dan LESS TALK MORE ACTION!! masalah lama tetap jugak tak selesai.. Waktu pandemic sekarang apa yang terbaik untuk kami? New norm dah… Adakah masih akan cara lama??? Tahniah kepada EN. zakaria dan Dato Norman.. Harap anda orang hebat industri mampu bawak kelainan.. Kerajaan pun tukar sistem dah.. Kita?? Saya sayangkan industri saya dan nekad sampai mati nak taburkan bakti tapi tolonglah.. Dah makin tak SECURE” – tulisnya di ruangan komen di Instagram.

Nampaknya Pablo tidak menyambut baik perubahan ini, walaubagaimanapun dia berharap presiden yang baru dan menjalankan tanggungjawab sebaiknya.