Baru-baru ini, personaliti media sosial dan model Sharifah Rose telah memuatnaik foto bersama teman lelakinya, Aazief Khalid di laman Twitter.

Kapsyen Disalah Erti 

Biarpun begitu, foto Rose bersama Aazief itu telah disalah erti oleh segelintir pengguna media sosial gara-gara kapsyen yang diletakkan bersama seolah merujuk kepada perpisahan anak tiri kepada penyanyi popular, Datuk Seri Siti Nurhaliza bersama bekas kekasihnya, Tyra Kamaruzzaman.

Sharifah Rose Berang 

Berang dengan tuduhan tersebut, Rose menjelaskan kapsyen yang dimuatnaik tidak mempunyai kaitan sama sekali dengan Tyra. Malah dia turut menasihati netizen tersebut untuk tidak mencampuri urusan mereka selain akui penat dengan pelbagai tuduhan yang tidak berasas.

Menerusi carian Murai.my terkini mendapati tweet tersebut sudah pun dipadam. Sebagai info, Rose kini sedang hangat bercinta dengan Aazief dan difahamkam Aidilfitri baru-baru ini, keluarga Rose berkesempatan menziarahi keluarga Aazief di kediaman mereka.

IKLAN