Tuesday, July 1, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Gossip

Henry Golding Tegur, ‘Verified Instagram’ Samantha Katie James Turut Ditarik!

by Khai Azfar
June 2, 2020
779
KONGSIAN
Share on Facebook

Isu mengenai kenyataan yang dimuatnaik oleh bekas Miss Universe Malaysia 2017, Samantha Katie James mengenai isu kempen Black Lives Matter di Amerika Syarikat baru-baru ini ternyata menarik perhatian dunia apatah lagi telah mengundang rasa tidak senang kepada warganet.

Terus Dikecam 

Menerusi artikel Murai.muy sebelum ini, Samantha telah ditemplak dan dianggap bersikap perkauman setelah beranggapan masyarakat berkulit hitam sepatutnya menganggap perkara ini sebagai cabaran dan meminta mereka bertanggungjawab terhadap rusuhan kaum yang kini melanda di Amerika Syarikat.

Henry Golding Bidas Kenyataan

Susulan daripada itu,kenyataan tersebut turut ‘menarik minat’ pelakon antarabangsa kelahiran Malaysia, Henry Golding yang membidas kenyataan Samantha dan menganggap sikapnya agak keterlaluan.

Sebagai anak tempatan, Henry kecewa dengan apa yang dilakukan oleh Samantha kerana kenyataannya itu boleh mencetuskan salah faham kelak. Malah dia juga bertegas tidak akan berdiam diri dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Samantha kerana majoriti daripada netizen tidak akan pernah memahami situasi yang dilalui mereka di Amerika Syarikat.

Verified Ditarik 

Dalam perkembangan lain, sebuah jenama kosmetik tempatan yang menaja kebanyakan selebriti dan model juga telah mengumumkan tidak akan lagi menaja mahupun bekerjasama dengan bekas ratu cantik Malaysia itu.

Malah menerusi carian Murai.my, pengiktirafan ‘verified’ daripada pihak Instagram pada akaun Samantha juga telah ditarik serta mereka. Difahamkan ketika ini, netizen menuntut agar lebih banyak penaja mahupun jenama yang pernah bekerjasama dengan Samantha untuk memboikotnya.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
Samantha Katie James
https://lomp.at/a8ws9
Share456Tweet135SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Terima Pingat Diraja, Pengorbanan Rita Rudaini Dipersoal Netizen-“Apa Sumbangannya Sampai Layak Diiktiraf?”

  3. 3

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  4. 4

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  5. 5

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem