Setiap negara mempunyai urutan sendiri. Seperti di Indonesia, urutan Bali menjadi pilihan begitu jika anda ke Thailand, urutan cara Thai pasti buat anda puas hati.
Berbeza di Taiwan, menurut BBC Travel di sana mereka mempunyai urutan yang berbeza kerana mereka menggunakan pisau sebagai alat mengurut.
Urutan Berusia 2000 Tahun
Apa yang dinyatakan oleh BBC Travel, urutan yang berusia lebih 2000 tahun ini dikenali sebagai knife massage ataupun knife therapy. Urutan ini pada asalnya berasal daripada sami ketika zaman China kuno.
Menggunakan Pisau Sebagai Alatan Utama
Berbeza dengan yang lain, kebiasaanya urutan menggunakan tangan ataupun batu panas sebagai alatan mengurut. Tidak untuk knife massage, mereka menggunakan seratus peratus urutan daripada pisau atau parang yang sering digunakan untuk memotong daging. Seram!
Mempunyai 36 Cawangan Di Taiwan
Menariknya, menurut BBC Travel, di Taiwan sahaja mereka mempunyai 36 cawangan dan 15 daripadanya sudah beroperasi melebihi 5 tahun! Jika anda mahu kesini, anda perlu menghantar gambar terlebih dahulu, tindakan ini bertujuan untuk mereka mendapatkan ahli terapi yang sesuai dengan aura anda.
Merawat Beberapa Penyakit
Knife massage dikatakan dapat membantu untuk melegakan penyakit fizikal, meningkatkan kualiti tidur dan mengatasi kesakitan ketika membuang. Untuk pelajar, urutan ini bagus untuk mengurangkan masalah tekanan ketika belajar.
Jadi untuk anda yang mengunjungi Taiwan, apa kata anda mencuba rawatan ini. Ini satu pengalaman yang menarik dan harus untuk dicuba.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.