Selepas Kari Atok, kini KFC sekali lagi menjadi tumpuan ramai apabila satu lagi menu terbaru mereka telah diperkenalkan.

Menu Inspirasi Chicken Chop

Walaupun dikenali sebagai hidangan burger, namun Zinger kali ini tampil berbeza. Berslogankan “Zinger Like Never Before”, KFC telah memperkenalkan KFC Zinger Chop yang diinspirasikan daripada chicken chop – salah satu makanan ala Barat kegemaran rakyat Malaysia.

IKLAN

Diberikan sentuhan KFC yang sememangnya sedap hingga menjilat jari, Zinger Chop ini disaluti tepung roti yang diadun dengan rempah ratus Hot & Spicy KFC, lalu digoreng sempurna sehingga keemasan. Zinger panas yang baru dimasak ini digandingkan dengan Colonel Gravy mewah dengan rasanya yang asli, dimana gabungan ini menghasilkan letusan rasa yang memuaskan.

Untuk lebih nikmat, KFC Coleslaw masam manis yang sejuk dan segar menambahkan rasa keseimbangan kontras menyelerakan terhadap ayam Hot & Spicy ini, dan turut dihidangkan bersama pilihan Crispier Fries atau Colonel Rice.

Dengan kebenaran operasi makan-di-restoran mengikut SOP yang diumumkan kerajaan baru-baru ini, KFC telah membuka servis makan-di-restorannya secara berperingkat. KFC memastikan keselamatan dan kesihatan para pelanggan dan para pekerjanya terjaga dengan kepatuhan piawaian kebersihan dan kualiti tertinggi sejajar dengan polisi-polisi dan garis panduan kerajaan.

Harga Bermula RM16.30

Jadi, sediakan garpu dan pisau anda kerana KFC Zinger Chop telah dilancarkan hari ini dengan harga RM16.30 untuk waktu terhad dan sementara stok masih ada. Ianya boleh didapati di seluruh restoran KFC di Malaysia melalui khidmat selamat makan-di-restoran, bawa pulang, self-collect, penghantaran, dan pandu-lalu.