Tuesday, July 1, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Jalan-Jalan

Tips Kebersihan Untuk Anda Yang Ingin ‘Travel’

by Aphit J.
June 14, 2020
19
KONGSIAN
Share on Facebook

Baru-baru ini kerajaan telah mengumumkan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang membenarkan rakyat Malaysia untuk melakukan rentas negeri. Hal ini sekaligus membenarkan anda untuk melancong di dalam negeri.

Perlu diingat, walaupun kebenaran ini telah dilonggarkan, penjagaan kebersihan perlulah diutamakan. Berikut adalah tip untuk memastikan tangan anda dalam keadaan bersih semasa melancong menurut halaman Have Halal Will Travel.

Kerap Kali Membasuh Tangan Menggunakan Sabun Dan Air

via The Jakarta Post

Amalan menjaga kebersihan tangan adalah perkara pertama yang perlu dititikberatkan. Anda harus selalu mencuci tangan dengan sabun dan air sekurang-kurangnya 20 saat.

Membasuh tangan secara berkala dapat mengelakkan anda daripada memindahkan kuman dan virus kepada orang dan objek lain serta melindungi anda daripada dijangkiti virus.

Elakkan Menyentuh Muka, Hidung Dan Mulut

via Today

Menurut halaman Have Halal Will Travel, virus COVID-19 mudah tersebar melalui titisan air liur dan ketika orang yang dijangkiti bersin atau batuk.

Apabila anda bersentuhan dengan permukaan yang dijangkiti seterusnya menyentuh wajah, hidung dan mulut, ini akan menyebabkan anda berisiko terkena virus atau memindahkannya ke objek lain.

Elakkan Berjabat Tangan

via The Muse

Mungkin pelik untuk tidak berjabat tangan sekiranya berjumpa dengan rakan baru ketika travel, tetapi inilah norma baru yang semua orang perlu amalkan.

Selain menjaga jarak satu meter dengan orang sekeliling, tukar cara bersalam dengan senyuman, melambaikan tangan atau meletakkan tangan ke bahu.

Gunakan Hand Sanitizer

via Allure

Menurut halaman Have Halal Will Travel, walaupun sangat disarankan untuk mencuci tangan dengan sabun dan air, pasti agak sukar untuk mencari paip air ketika sedang travel.

Oleh itu, lebih baik membawa hand sanitizer terutamanya ketika anda mengunjungi tempat awam seperti taman tema, restoran, stesen kereta api, dan banyak lagi.

Membersih Dahulu Kawasan Yang Sering Disentuh

via Astro Awani

Ketika travel, sebaiknya perhatikan permukaan yang sering disentuh seperti kerusi, pemegang di dalam LRT, pemegang di dalam bas dan sebagainya. Itulah sebabnya tisu pembersih tangan amat berguna pada masa ini!

Pandemik ini telah menjadikan kebersihan sebagai keutamaan kepada kita. Dengan mengamalkan kebersihan yang maksimum, ini membolehkan anda melakukan perjalanan dengan selamat dan selesa.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
membersih tanganmencuci tangantip jaga kebersihan ketika travelTip Kebersihan Tangan Untuk Anda Yang Ingin 'Travel'
https://lomp.at/2e8ke
Share8Tweet5SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Terima Pingat Diraja, Pengorbanan Rita Rudaini Dipersoal Netizen-“Apa Sumbangannya Sampai Layak Diiktiraf?”

  3. 3

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  4. 4

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  5. 5

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem