• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home LifeXplore Budaya

Tak Reti Jaga Pokok Hiasan? Ini 7 Tanaman ‘Anti Manja’ Yang Sesuai Untuk Anda

by Jash Lee
June 20, 2020
22
KONGSIAN
Share on Facebook

Ingin mencantikkan rumah dengan pelbagai jenis tanaman hiasan? Anda boleh memilih beberapa tanaman ‘anti manja’ berikut agar rumah terasa lebih segar tanpa perlu risau dan merumitkan.

Memang ada sebilangan tanaman hiasan yang dapat tumbuh dengan cepat. Beberapa tanaman juga dapat tumbuh walaupun tidak mendapat cahaya matahari langsung. Sama seperti manusia, beberapa tanaman hiasan juga lebih suka pada suhu dalaman.

Beberapa tanaman hiasan yang kami senaraikan di bawah ini sangat sesuai untuk anda yang sering lupa akan jadual penyiraman. Tumbuhan hiasan ini tetap dapat tumbuh tanpa memerlukan terlalu banyak air.

Berikut ada 7 jenis tanaman yang tidak mudah layu, sumber yang dipetik dari The Spruce

Pokok Lidah Buaya (Aloe Vera)

via BumBumCak.My

Sebagai tanaman hiasan, pokok lidah buaya sangat terkenal dengan khasiatnya yang banyak. Lendiran atau isi dari pokok lidah buaya boleh dibuat pelembap kulit dan dapat juga menyembuhkan luka kecil.

Secara lazimnya, pokok lidah buaya hanya memerlukan sedikit pengambilan air dan pokok ini juga dapat hidup dan berkembang di tempat-tempat yang langsung tidak terkena kepada pendedahan cahaya matahari.

Rezeki Sri (Malar Hijau / Aglaonema Cina)

via Shopee

Tumbuhan malar hijau Cina ini sangat mudah disesuaikan dengan pelbagai keadaan bilik. Tumbuhan ini juga lebih suka tumbuh di lokasi yang tidak terdedah kepada cahaya matahari.

Aglaonema juga tidak memerlukan terlalu banyak air. Penyiraman hanya diperlukan selang beberapa hari, hanya apabila tanahnya kelihatan mulai kering.

Walau bagaimanapun, tanaman ini tidak menyukai kawasan yang intensiti angin yang kuat. Tumbuhan ini juga suka hidup dalam suhu di bawah 16 darjah celcius.

Kaktus Krismas

via Goede Groei

Kaktus krismas adalah spesis yang sama dengan kaktus bunga merah jambu atau tua. Tumbuhan ini sebenarnya tidak suka dimanjakan. Walaupun tidak diendahkan, dia tetap akan tumbuh dengan baik.

Sama seperti kaktus yang lain, kaktus krismas juga dapat tumbuh di kawasan yang rendah sinaran cahaya matahari. Walau bagaimanapun, jika anda mahu bunga kaktus berkembang mekar, tempatkannya pada cahaya yang lebih terang. Tanaman akan tumbuh lebih padat selepas bunga mula mekar.

Tanaman Giok

via 99.co

Dengan daun yang tebal dan berkilat, tanaman giok sangat popular sebagai tanaman hiasan dalaman. Bagi perkembangan tanaman yang lebih sihat, tumbuhan ini sangat memerlukan cahaya matahari. Jadi, pilih bilik yang paling terang untuk meletakkannya.

Salah satu perkara yang rumit dalam penjagaan tanaman giok adalah anda harus memastikan tanaman ini mendapat bekalan air yang betul dan mencukupi. Air yang terlalu banyak akan membuatkan akarnya cepat menjadi busuk, jika air terlalu sedikit pula, daunnya akan jatuh dan tidak segar. Siraman hanya diperlukan apabila tanahnya sudah menjadi sedikit kering.

Rezeki Buluh ( Buluh Bertuah / Dracaena Sandersl)

via MIrNaDivane.ru

Rezeki buluh akan tumbuh dengan baik jika ditempatkan di kawasan dengan cahaya yang terang. Rezeki buluh juga akan tumbuh dengan baik di dalam air. Tetapi apabila akarnya membesar, anda disarankan untuk mengubah dan menanamnya di tanah. Pokok ini tidak perlu disiram setiap hari. Sama seperti tanaman lain, penyiraman hanya diperlukan apabila tanah kelihatan mulai kering.

Tumbuhan ini juga sukar mati dan tidak mudah layu. Apabila layu, rezeki buluh akan tumbuh segar semula setelah disiram.

Lidah Mertua (Sansevieria)

via Grid Health – Grid.ID

Lidah mertua adalah sejenis tanaman hiasan yang mempunyai jangka hayat yang panjang dan sangat senang dijaga. Tanaman ini juga hanya memerlukan pencahayaan yang rendah. Lidah mertua hanya perlu disiram apabila tanah sudah kelihatan kering.

Peace Lily

via The Home Depot

Peace lily tumbuh dengan bunga putih yang indah. Tumbuhan ini lebih suka akan keadaan yang panas dan lembap. Tumbuhan ini juga dapat berbunga dengan cepat. Daunnya yang lebat akan menjadikan bilik anda terasa sangat hijau dan lebih segar.

Namun perlu diingat, peace lily akan terus damai jika anda tidak meletakkannya di kawasan yang terdedah kepada pendedahan angin secara langsung.

tamanan tanamanhiasan tipsberkebun
https://lomp.at/hrgif
Share15Tweet3SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Sosial Buzz

Darjah Satu Seawal 6 Tahun, Fizz Fairuz Respon- “Ini Kelakar…”

by Phic ARMAN
January 22, 2026

Sejak Perdana Menteri mengumumkan perubahan umur kemasukan ke pra sekolah dan Tahun 1 bermula tahun hadapan, suasana di media sosial...

Read moreDetails
Lokal

Khairul Aming Pesan- “Saya Buka Kedai Makan Je Bang, Jangan letak Expectation Macam..”

by Naddy Joe
January 20, 2026

Usahawan dan pempengaruh, Khairul Aming tampil memberikan penjelasan terhadap komen salah seorang netizen yang mempersoal masalah gangguan teknikal yang berlaku...

Read moreDetails
Foto - @syafiqkylez (IG)
Lokal

“Saya Tak Simpati Sebab Saya Akan ‘Basuh’ Dia”- Syafiq Kyle

by Nurul A.
January 28, 2026

Perjalanan sebagai seorang pelakon dalam industri hiburan yang sangat kompetitif tidaklah mudah seperti yang disangka. Dan Pelakon Syafiq Kyle tampil...

Read moreDetails
Sosial Buzz

Suami Arwah Nadia Kesuma Buka Cerita Sebenar Isu Video “Rebah di Airport”- “Kami Sekeluarga Kecewa”

by Phic ARMAN
January 22, 2026

Sejak kehilangan mengejutkan arwah Nadia Kesuma pada 15 Januari lalu, banyak spekulasi dan maklumat tidak tepat mula tersebar di media...

Read moreDetails
Sosial Buzz

“Asal Gemok Je Kepam”- Cik B

by Phic ARMAN
January 28, 2026

Dalam masyarakat kita, isu gelaran atau panggilan kepada individu berdasarkan rupa bentuk badan atau penampilan sering menjadi topik sensitif. Apa...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Darjah Satu Seawal 6 Tahun, Fizz Fairuz Respon- “Ini Kelakar…”

  2. 2

    Khairul Aming Pesan- “Saya Buka Kedai Makan Je Bang, Jangan letak Expectation Macam..”

  3. 3

    “Saya Tak Simpati Sebab Saya Akan ‘Basuh’ Dia”- Syafiq Kyle

  4. 4

    Suami Arwah Nadia Kesuma Buka Cerita Sebenar Isu Video “Rebah di Airport”- “Kami Sekeluarga Kecewa”

  5. 5

    “Asal Gemok Je Kepam”- Cik B

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore