Sunday, July 6, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Budaya

5 Alasan Sambutan Raya Aidiladha Tahun 2020 Dijangka Akan Lebih Meriah

by Amirul Fikry
July 30, 2020
43
KONGSIAN
Share on Facebook

Hari Raya Aidiladha atau lebih dikenali dengan Hari Raya Haji yang akan disambut pada 31 Julai 2020. Walaupun SOP bagi sambutan Hari Raya Aidilfitri akan diguna pakai ketika sambutan Hari Raya Aidiladha namun dijangkakan semua umat Islam akan menyambutnya dengan lebih meriah berbanding tahun-tahun sebelumnya.

Sambutan Aidiladha pada tahun ini juga hanya dibenarkan pada hari raya pertama sahaja dengan jumlah maksimum 20 orang dalam satu rumah namun apa yang lebih menggembirakan ialah kita masih boleh merentas negeri untuk berjumpa dengan yang tersayang kerana dengan perintah kawalan pergerakan pemulihan (PKPP) perjalanan  merentas negeri untuk pulang ke kampung halaman adalah dibenarkan.

Murai.My akan menyenaraikan antara 5 alasan mengapa sambutan Aidiladha pada tahun ini dijangka akan lebih meriah dari tahun-tahun sebelum ini.

1. Bajet

via ERA

Pasti Hari Raya Haji pada tahun ini akan disambut dengan meriah dan umat Islam akan sibuk membeli belah dengan diskaun yang terbaik. Ini kerana pada Hari Raya Aidilfitri yang lalu, umat Islam masih dalam perintah kawalan pergerakan. Bajet yang sepatutnya digunakan untuk sambutan Aidilfitri disimpan dan ini masanya untuk digunakan bagi persediaan sambutan Hari Raya Aidiladha. Kalau diikutkan hati, pasti semua mahu ditukar baru.

Dengan kata lain, bajet bagi Hari Raya Aidilfitri pasti sudah diperuntukkan seperti beli pakaian baru, duit raya, kos pulang ke kampung sampailah ke juadah yang akan disiapkan di pagi raya, dan ini semua akan digantikan untuk sambutan Hari Raya Aidiladha. Meriah bukan?

2. Tradisi Kunjung Mengunjung

via Sabah Post

Sama seperti Hari Raya Aidilfitri, Aidiladha juga disambut dengan tradisi kunjung-mengunjung. Jadi inilah masanya anak-anak akan mula mengutip duit raya dari datuk nenek dan saudara mara serta jiran-jiran terdekat kerana ianya tidak dapat dilakukan pada Aidilfitri yang lalu. Jika Aidilfitri yang lalu juga kita tidak dapat berjumpa dengan saudara-mara, inilah masanya untuk melepaskan rindu dendam dan beramai-ramai pergi berziarah raya. Seronoknya kerana dapat melepaskan rindu.

3. Menziarahi Pusara

via Seputar Papua

Aktiviti ziarah kubur juga dibenarkan pada Hari Raya Aidiladha, namun kita harus mengamalkan langkah-langkah keselamatan yang sepatutnya. Inilah masa yang sesuai untuk kita mengingati orang yang telah pergi. Dapat membersihkan kawasan kubur dan sedekahkan doa.

Pada Hari Raya Aidilfitri, aktiviti ziarah kubur adalah dilarang. Ramai juga yang merasa kecewa kerana tidak dapat melepaskan rindu pada yang telah pergi, apalagi yang tinggal berjauhan.

Jadi Hari Raya Aidiladha pada tahun ini adalah sesuatu yang lebih bermakna dan akan menjadi kenangan yang mungkin tidak akan dilupakan.

4. Anak-Anak Yang Masih Bercuti

via SirapLimau

Memang menjadi salah satu kemestian apabila musim cuti sekolah adalah balik kampung! Apatah lagi bagi menyambut sambutan perayaan.

Pasti akan menjadi lebih meriah dan banyak aktiviti menarik yang lebih menyeronokkan yang dapat dilakukan di kampung halaman. Mungkin inilah juga masanya anak-anak boleh belajar menganyam ketupat, belajar buat kuih-kuih tradisional dari datuk dan nenek mereka, dapat bermain bunga api bersama dengan sepupu-sepupu yang sebelum ini jarang untuk dapat berjumpa. Jadi, Hari Raya Aidiladha tahun ini pasti akan menjadi satu memori yang terindah.

Memandangkan sekolah masih belum dibuka, jadi inilah masa yang paling sesuai untuk mengeratkan hubungan dengan datuk dan nenek di kampung dengan lebih lama. Balik kampung sudah pasti menjadi salah satu aktiviti pilihan yang sangat menarik.

5. Cuti Tahunan Yang Perlu Dihabiskan

via AstroAwani

Jika anda merancang untuk bercuti bersama anak-anak, inilah masa yang sesuai yang boleh dilakukan sekeluarga. Apa yang menarik ialah kita tidak perlu ke luar negara untuk bercuti, hanya perlu luangkan masa bersama keluarga di rumah atau pulang ke kampung kerana cuti tahunan anda masih banyak dan perlu dihabiskan manakala anak-anak juga masih belum bersekolah.

Alang-alang dah pulang ke kampung untuk sambutan Aidiladha, tak salah rasanya kalau tinggal lama sikit disana. Datuk dan Nenek juga pasti merasa lebih gembira dapat meluangkan masa bersama anak-anak dan cucu cicit lama-lama.

Bagi yang berkemampuan, akan membeli dan menderma haiwan kepada masjid untuk disembelih dan diagihkan kepada semua khususnya fakir miskin dan selebihnya buat keluarga penderma. Ini juga amalan yang baik yang tidak akan dilupakan.

Walau bagaimanapun, kita harus ingat yang kita masih lagi berperang dengan virus Covid-19. SOP masih lagi perlu dijaga. Sentiasa basuh tangan dengan sabun, pakai topeng muka dan amalkan penjarakan sosial.

Walaupun biasanya sambutan Aidiladha tidak disambut semeriah Hari Raya Aidilfitri, namun Hari Raya Aidiladha tetap ada keistimewaan dan keberkatan yang tersendiri.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
harirayaaidiladha sambutanlebihmeriah rayahaji2020 kelainansambutanperayaan
https://lomp.at/2va8r
Share24Tweet8SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  3. 3

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  4. 4

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  5. 5

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem