Thursday, February 2, 2023
  • HYPE MY
  • DIVA MY
No Result
View All Result
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan
No Result
View All Result
Murai MY
No Result
View All Result
Home Selebriti Bollywood

4 Fakta Kisah Hubungan Terlarang Shah Rukh Khan dan Priyanka Chopra

by Phic ARMAN
June 18, 2020
11.4k
KONGSIAN
Share on Facebook

Sebelum ini Shah Rukh Khan dan Priyanka Chopra pernah beberapa kali terkait dengan kontroversi panas. Ada khabar angin mengatakan Priyanka sebagai orang ketiga dalam keluarga Shah Rukh Khan (SRK) dengan Gauri Khan. Sedar akan kontroversi ini, Shah Rukh Khan lantas memberikan respon.

Dia bahkan mendedahkan mengenai hubungannya dengan Priyanka setelah berita mengenai hubungan ini terus berleluasa. Namun kenyataan SRK itu bertentangan dengan sikap Gauri Khan.

SRK dan Priyanka dikhabarkan terlibat dalam hubungan terlarang. Kedua-duanya dikatakan telah menjalin persahabatan yang lebih kuat di belakang isteri SRK, Gauri Khan. Diketahui, SRK dan Priyanka semakin dekat ketika mereka terlibat dalam penggambaran filem Don yang dirilis pada tahun 2006.

Kantoi! Priyanka Memakai Jaket SRK

Pada masa itu sebuah laporan mengatakan bahawa kedua-duanya dilihat meluangkan masa bersama hingga jam 3 pagi di pejabat SRK.

Bagaimanapun, SRK dan Priyanka berpendapat bahawa hubungan akrab mereka hanya untuk latihan dalam filem.

Sekali lagi kontroversi tercetus pada pertengahn tahun 2017, dimana  Priyanka didapati memakai jaket yang sama dengan Shah Rukh Khan.

Dipetik dari Bollywoodshaadis, dalam satu acara, Priyanka mengatakan bahawa jaket itu adalah milik bekas kekasih yang tertinggal di rumahnya. Ini juga menguatkan tuduhan mengenai berita hubungan sulit mereka.

SRK Panggil Priyanka ‘Sweetheart’

Dipetik dari Bollyworm, SRK pernah menyanyikan lagu untuk Priyanka di Anugerah NDTV Indian of the Year. Lagu yang dinyanyikan oleh SRK mengandungi kata-kata, ” Marry Me? (Kahwini dengan saya?)” dan SRK juga memanggil Priyanka sebagai ‘sweetheart (kekasih)’. Bukan itu sahaja, malah SRK memberikan ciuman kepada Priyanka.

SRK Respon, Priyanka Hanya Kawan Baik

Ketika ditanya mengenaik kahabr angin ini, Shah Rukh Khan juga mengaku sedih. Ini kerana, berita ini telah merosakkan persahabatannya dengan Priyanka. Sebenarnya, keakraban mereka hanya sebagai kawan.

Pelakon berusia 54 tahun itu mengatakan bahawa Priyanka Chopra sebagai rakan terdekatnya.

“Saya benar-benar minta maaf, bukan kerana apa yang telah saya lakukan, tetapi hakikat bahawa dia adalah kawan saya. Dia adalah salah satu rakan rapat saya. Kadang-kadang saya terasa dari khabar angin ini dan membuatkan saya terpaksa mundur dari dia. Sebenarnya ia boleh merosakkan hubungan kami ketika bekerjasama,” kata SRK, yang dipetik oleh Murai MY dari Bollywoodshaadis

“Dia adalah gadis kecil yang memulakan kariernya dari Miss India atau Miss World. Saya tidak ingat. Kami telah berkongsi detik-detik indah di layar, sebagai rakan. Sayang dan sedih bagi saya bahawa persahabatan ini menjadi sedikit rosak,” sambungnya.

Lain pula terjadi dengan sikap isteri Shah Rukh Khan

Namun jawapan Shah Rukh Khan bertentangan dengan sikap Gauri Khan. Dilaporkan oleh IBT News,  bahawa ibu tiga anak itu telah mengeluarkan Priyanka dari senarai rakan-rakan baiknya. Sedangkan sebelumnya, Gauri dan Priyanka dan Suzzane Khan sangat dekat. Ketiganya sering dilihat hadir bersama di sebuah majlis.

Malah, dilaporkan, Gauri Khan juga melarang suaminya bermain filem dengan bintang bersama Priyanka Chopra. Ini terbukti, setelah Don 2 pada tahun 2011, Shah Rukh Khan dan Priyanka Chopra tidak pernah terlibat lagi dalam filem yang sama.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk kemas kini berita hiburan terkini. 

Tags: bollywoodGauri Khanpriyanka chopraShahrukh KhanskandalSushant Singh Rajput
Share4754Tweet2789SendShareShare

ARTIKEL BERKAITAN

‘Assalamualaikum’- Babak Deepika Padukone Bagi Salam Kepada Shah Rukh Khan Dalam Pathaan Curi Perhatian
Bollywood

‘Assalamualaikum’- Babak Deepika Padukone Bagi Salam Kepada Shah Rukh Khan Dalam Pathaan Curi Perhatian

by Phic ARMAN
January 30, 2023
Adegan ‘Panas’ Tidak Dipotong, PATHAAN Terus Raih Kutipan RM27 Juta Pada Hari Pertama
Bollywood

Adegan ‘Panas’ Tidak Dipotong, PATHAAN Terus Raih Kutipan RM27 Juta Pada Hari Pertama

by Phic ARMAN
January 26, 2023
Akhirnya Shah Rukh Khan Dedah Siapa Teman Wanita Pertamanya Kepada Umum
Bollywood

Akhirnya Shah Rukh Khan Dedah Siapa Teman Wanita Pertamanya Kepada Umum

by Aphit J.
January 15, 2023
Dikatakan Menghina Agama Hindu, Klip Video Shah Rukh Khan Undang Protes Warga India
Bollywood

Dikatakan Menghina Agama Hindu, Klip Video Shah Rukh Khan Undang Protes Warga India

by Aphit J.
January 8, 2023

IKLAN

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Fuad Rahman Kongsi Gambar Hadiah Hari Lahir, Netizen Puji Pemakaian Kasut Tom Di Pantai

  2. 2

    Adegan ‘Panas’ Tidak Dipotong, PATHAAN Terus Raih Kutipan RM27 Juta Pada Hari Pertama

  3. 3

    Fizo Omar Umum Isteri Hamil Lagi, Komen Siti Elizad Curi Perhatian Netizen!

  4. 4

    Pelukis Khat Tegur Rantai Dipakai Oleh Nuha Bahrin- ‘Adik Salah Tu’

  5. 5

    Ramai ‘Histeria’ Dengar Siti Nurhaliza Nyanyi Lagu Tamil Di Konsert AR Rahman, Artis Puji- ‘Meremang Bulu Roma’

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

  • Pengiklanan
  • Penafian
  • Kerjaya
  • Hubungi Kami

©2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan