Memandangkan cuaca yang agak panas semenjak dua menjak ini, ramai antara kita mencari idea untuk pergi roadtrip yang dapat menyegarkan.

Salah satunya adalah mengunjungi kawasan air terjun. Sedar mahupun tidak, sekitar Lembah Klang juga mempunyai air terjun yang dapat memberikan kesegaran kepada anda.

1Air Terjun Chilling

via Libur

Air Terjun Chilling merupakan salah satu air terjun paling popular dan menakjubkan di Selangor. Terletak 21 kilometer dari Kuala Kubu Bharu, air terjun di sini menjanjikan suasana yang menakjubkan di mana terdapat tiga air terjun menegak yang mengagumkan. Sama ada anda seorang pencinta alam atau tidak, keindahan air terjun di sini pasti akan membuatkan anda terpesona.

2Air Terjun Kanching

via Jom Jalan

Terletak di antara Kuala Lumpur dan Rawang, air terjun tujuh tingkat ini adalah tempat yang tepat untuk anda bersantai bersama keluarga dan rakan-rakan. Terdapat tujuh tingkat untuk air terjun di sini dan semuanya dengan tahap kesukaran yang berbeza-beza.

3Air Terjun Sungai Pisang

via Tamar

Jauh di dalam daerah Gombak, di sinilah anda akan menemui Air Terjun Sungai Pisang yang indah. Di sini anda memerlukan hampir satu jam untuk menuju ke air terjun. Apa yang menariknya anda akan menjumpai terowong berkembar semasa perjalanan ke air terjun!

4Air Terjun Sungai Gabai

via Ah Qiang

Bertempat di Taman Negeri Selangor, air terjun ini merupakan salah satu air terjun terdekat dari Kuala Lumpur yang juga mudah diakses dengan kereta. Di sini anda boleh mendaki ke atas puncak air terjun dengan menikmati keindahan sekitar Sungai Gabai.

IKLAN

5Air Terjun Sungai Tekala

via Malaysia Travel

Terletak di daerah Hulu Langat, Hutan Lipur Sungai Tekala adalah tempat yang sesuai untuk anda berkelah, berkhemah dan tempat trekking yang sempurna. Di sini terdapat kemudahan asas untuk kemudahan pengunjung. Untuk anda yang ingin membawa ahli keluarga, ini adalah tempat yang paling sesuai.

6Air Terjun Serendah

via Traveller

Juga dikenali sebagai Templer Kai, Air Terjun Serendah terletak 3 kilometer dari sebuah perkampungan orang asli yang disebut “Perkampungan Orang Asli Serendah” di mana anda akan dapat melihat gaya hidup mereka ketika memasuki kampung ini. Walaupun air terjun kelihatan kecil dan cetek, tetapi kawasan ini bagus untuk berkelah dan berenang bersama kelaurga.

7Air Terjun Lata Medang

via Flickr

Untuk sampai ke air terjun ini, anda perlu menggunakan sedikit tenaga dengan mendaki bukit. Tetapi jangan risau, perjalanannya cukup mudah. Laluan yang menuju ke Lata Medang dilindungi dengan tanaman hijau yang indah dan menakjubkan yang akan memberikan kesegaran kepada anda.

Jadi tanpa memerlukan belanja yang besar dan memakan masa yang lama, anda boleh dapatkan air terjun hanya di sekitar Lembah Klang sahaja.

Like
Love
Haha
Wow
Sad
Angry