Friday, July 11, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

Idea Menghias Laman Rumah Yang Menarik

by Amirul Fikry
July 4, 2020
130
KONGSIAN
Share on Facebook

Setiap pemilik kediaman pasti mengidamkan rumah yang memukau dan indah. Bahagian utama kawasan rumah yang paling pertama menjadi perhatian adalah laman rumah. Jika ruang yang berharga ini indah dan cantik, pasti akan dapat mempengaruhi emosi serta mood yang baik seseorang.

Kami ingin kongsikan idea-idea bagaimana untuk menghias laman rumah anda agar menjadi lebih menarik. Yang paling penting sekali sebelum anda mula berhias pastikan anda adalah seseorang yang mencintai alam sekitar serta tumbuh-tumbuhan.

via Azyyati Liah

Lokasi

Jangan tanam tanaman ataupun tumbuhan terlalu dekat dengan pintu rumah mahupun laluan pejalan kaki bagi mengelakkan daripada tanaman tersebut dipijak dan akhirnya akan rosak. Ini juga bagi memudahkan laluan sekiranya berlaku kecemasan.

Jarak

Jarakkan setiap tumbuhan atau tanaman yang ditanam di laman rumah anda, terutamanya bagi tumbuhan yang tinggi dan akan membesar. Ini bagi memastikan ruang yang banyak untuk proses pertumbuhan tanaman tersebut dapat berjalan dengan sempurna.

Ruang

Bagi menampakkan ruang yang lebih damai dan menarik, pastikan anda menjarakkan setiap penanaman pokok dan elakkan dari mencampur adukkan pokok di satu kawasan yang sama. Cara ini secara tidak langsung akan mencacatkan pemandangan keseluruhan kawasan.

Variasi

via mpv landscape dan nurseri

Pelbagaikan tumbuhan yang ditanam contohnya, untuk satu tumbuhan yang lebih besar, tanamkan juga pokok yang lebih renek di sekelilingnya bagi mewujudkan ruang yang lebih luas dan bervariasi juga kelihatan lebih menarik.

Kuantiti

Jangan tanam terlalu banyak pokok atau tumbuhan di kawasan laman rumah anda bagi mengelakkan kawasan laman rumah kelihatan gelap dan kurang menarik. Dengan menanam dalam kuantiti yang banyak juga akan merosakkan keindahan panorama laman rumah anda.

Jenis Tanaman

Tanaman yang sesuai ditanam di laman rumah sebaiknya ialah tanaman yang tidak terlalu rimbun dan tidak terlalu melebar, cukup yang dengan tanaman yang mempunyai dedaun yang bersaiz sederhana .

Mudah Dijaga

Pastikan juga anda menanam pokok-pokok yang mudah dijaga. Ini akan memudahkan anda memberikan tumpuan yang sepenuhnya terhadap penjagaan pokok-pokok tersebut dengan lebih baik.

Hardscape

Landscape yang menggunakan elemen-elemen keras seperti air pancur atau kolam ikan kecil yang menggunakan tesktur batu-batuan sangat cantik dalam membantu menghasilkan laman yang indah dan sangat menarik.

Cahaya

via Rivorma.com

Kebanyakan tumbuhan atau tanaman memerlukan pencahayaan yang baik tidak kira siang atau malam. Oleh itu, pastikan anda menanam tumbuhan di kawasan yang mempunyai cahaya yang terang atau terkena cahaya matahari yang baik agar tanaman anda dapat tumbuh dan hidup dengan lebih segar.

Rancang

via Keluarga

Pastikan anda merancang dengan teliti terlebih dahulu sekiranya anda bercadang untuk membuat tanaman sayuran. Lebih baik jika diasingkan antara tanaman landscape dengan tanaman sayuran. Contohnya tanaman landscape di bahagian hadapan laman rumah manakala sayuran di tepi kawasan atau di bahagian belakang rumah.

Ruang Anak-Anak Bermain

via OhBulan

Jangan lupa juga untuk menyediakan ruang atau kawasan yang sesuai di laman rumah untuk kemudahan anak-anak anda bermain. Sekurang-kurangnya, kawasan yang disediakan tidak membuatkan mereka mengganggu pokok-pokok hiasan dengan memijak atau merosakkannya sesuka hati.

Aksesori

Bagi yang ingin menampakkan laman rumah lebih menarik, anda boleh menambah aksesori yang bersesuaian. Mungkin anda boleh merujuk melalui majalah, internet dan sebagainya untuk menambah ilmu dan kemahiran dalam dunia dekorasi laman rumah.

Namun harus diingat, aksesori yang sesuai digunakan mestilah tidak terlalu besar dan berat bagi memudahkan anda mengalihkan kedudukan objek tersebut pada bila-bila masa sahaja.

Semoga perkongsian pada kali akan memberi manfaat kepada semua pembaca Murai.My.

hiasanlamanrumah dekolamanrumah ideamenarik
https://lomp.at/rpwr4
Share53Tweet32SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Mirip Prince William? Ramai Tak Tahu Bonda Raja Ahmad Nazim Merupakan Seorang Seniwati

  2. 2

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  3. 3

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  4. 4

    [VIDEO] Berlaku Kasar Terhadap Staf Konsert, Sikap BLACKPINK Jennie Dicemuh Ramai

  5. 5

    [VIDEO] Norman Hakim & Abby Abadi Rai Hari Lahir Marissa Dania, Curi Perhatian Netizen!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem