• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home LifeXplore Teknologi

Wah! Tenaga Bateri realme C11 Boleh Bertahan 40 Hari?

by Phic ARMAN
June 29, 2020
Share on Facebook

Kepada peminat realme, sure korang tak sabar tunggu realme Malaysia akan mengumumkan secara rasminya realme C11 pada esok hari jam 11 pagi, 30 Jun 2020. 

Kitorang rasa, smartphone keluaran realme yang terbaru kali ini akan mempunyai reka bentuk berbeza dari smartphone realme sebelum ini. 

Mesti korang tertanya-tanya apa agaknya yang canggih sangat dengan realme C11 ini? Jom kitorang nak kongsikan sedikit beberapa maklumat tentang realme C11 yang boleh buat anda teruja untuk beli nanti.

Bateri 5,000 mAh

Yang kaki movie tu, lagi-lagi yang rajin layan Netflix atau Youtube, mesti korang nak pastikan bateri smartphone korang tak cepat habis bateri kan? Memang kacau kalau tengah-tengah layan movie, masa tu pula bateri kong! 

Nah, realme C11 ni, dia bagi bateri 5,000 mAh. Ke korang rasa tak cukup lagi? Seperti yang kitorang baca di Facebook rasmi diorang, realme C11 ni boleh bertahan hingga 21 jam lebih, kalau tengok movie non-stop ok? Kalau dalam Standby Mode, bateri realme C11 boleh bertahan sehingga 41 hari. Terbaik tak?

Nak lagi power, fungsi baru yang lain yang boleh dapat dekat realme C11 ni adalah OTG Reverse Charge. Benda ni  membolehkan  korang mengecas telefon pintar lain dengan menggunakan peranti ini. Kiranya macam powerbank lah.

Reka Bentuk Trendy

Dah puas hati dengan bateri, macam mana pula dengan reka bentuk realme C11 ni? Kitorang tiada masalah dengan reka bentuk realme C11 ni. Dah molek sangat dah tu!

Skrin realme C11 ini 6.5 inci. Kemudian korang akan nampak atas skrin tu ada bentuk teardrop, macam titisan air gitu. Wow, So seksi! 

Dekat bahagian belakang, korang akan dapat lihat dua biji kamera dengan lampu flash sekali dalam bentuk empat segi. Nampak terletak kemas di hujung kiri sudut peranti. Jadi nampaklah smartphone ini premium dan lebih moden.

Untuk warna pula, realme C11 akan tersedia dalam 2 warna menarik, Mint Green dan Pepper Grey. Pilihlah ikut mana yang sesuai dengan jiwa korang, Mint Green tu macam sesuai untuk perempuan sebab warna dia lembut-lembut sikit. realme C11 ni kalau pegang memang selesa, tak rasa licin dan susah nak calar.

Kamera

Pasal kamera, tak payah nak sembang sangat lah. Kebanyakan kamera pada smartphone realme memang best. Untuk  realme C11 ni, dia ada dua kamera belakang beresolusi 13 MP, siap ada lensa bokeh lagi. 

Sementara kamera depan menggunakan sensor tunggal dengan resolusi 5 MP. Yang nak selfie kasi muka flawless tu, realme C11 siap ada AI Beauty, HDR untuk gambar lagi sharp. Yang Panoramic View pulak boleh lah nak ambil gambar satu keluarga. Semua muka boleh nampak. 

Sebagai tambahan, peranti ini juga menyokong PDAF. Benda alah apa pulak tu? PDAF tu berfungsi untuk mengesan fokus dengan tepat. Selain itu ia mampu Zoom sebanyak 4 kali lebih dekat supaya membolehkan korang untuk mengambil gambar yang jelas dari jarak jauh.

Nightscape Mode

Nightscape Mode menjadi ‘senjata’ kalau nak ambil gambar waktu malam  atau kat tempat yang gelap. Kalau tiada Nightscape Mode, alamatnya gambar selfie korang nampak gigi jer.

Nightscape atau dalam Bahasa Melayu panggil mod malam dapat kawal kecerahan bahagian yang diserlahkan dalam foto dengan lebih baik pada waktu malam. Fitur Nightscape Mode juga dapat berfungsi untuk kasi terangkan detail dalam kamera tu.. 

Kesan Bokeh

Mesti ramai yang suka kalau gambar selfie tu ada efek blur blur kat belakang kan? Barulah meletup kan?  Benda ni semua boleh buat dengan smartphone realme C11. Untuk kesan Bokeh di realme C11,  dua kamera di belakang dapat memberikan kesan bokeh yang lebih natural, justeru ia dapat membuatkan subjek lebih menonjol.

Memang kena sangatlah dengan slogan diorang iaitu ‘Dare To Leap’ sesuai dengan aspirasi realme untuk menjadi satu jenama lebih trendy dan bergaya. Sudah semestinya peranti terbaru realme C11 mampu menepati citarasa anak muda.

Walaubagaimanapun, maklumat lebih lanjut secara rasmi mengenai realme C11 akan muncul dalam beberapa jam lagi. Kitorang pun tak sabar nak tunggu harga yang ditawarkan oleh mereka.

 

 

https://lomp.at/qryfe
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

LifeXplore

Ini Sebab Kenapa Apple Kecundang Di China, Huawei Pula Bangkit Jadi No.1

by Phic ARMAN
January 18, 2026

Lima tahun lalu, ramai ingat era kegemilangan HUAWEI sudah berakhir. Sekatan, kekangan, dan persaingan sengit menyebabkan gergasi teknologi dari China...

Read moreDetails
LifeXplore

Best Buy International Meningkatkan Import Dengan Penyelesaian Pembiayaan B2B Moby Money

by Phic ARMAN
December 26, 2025

Kalau cerita pasal bisnes & pembiayaan, Moby Money Sdn. Bhd. memang nama yang tak boleh dipandang remeh. Syarikat fintech Malaysia...

Read moreDetails
LifeXplore

Harga VS Fungsi MatePad 12 X 2026: Mana Yang Anda Perlu Tahu Sebelum Beli

by Phic ARMAN
January 11, 2026

Zaman sekarang, hidup kita penuh dengan tugasan, idea, dan notifikasi, kelas, kerja, assignment, content, semua nak kena buat serentak. Kadang...

Read moreDetails
LifeXplore

HUAWEI Mate X7 Rasmi di Malaysia, Telefon Lipat Premium Yang Lebih Praktikal

by Iffah Najwa
January 21, 2026

Semalam HUAWEI secara rasmi memperkenalkan HUAWEI Mate X7 di Malaysia, sekaligus menetapkan penanda aras baharu dalam kategori telefon pintar boleh...

Read moreDetails
LifeXplore

Bahang JAECOO J5 Makin Terasa, Tawar Pakej Early Bird RM8,888

by Phic ARMAN
February 7, 2026

Dengan hanya beberapa minggu sahaja lagi sebelum pelancaran rasmi, kehadiran JAECOO J5 kini semakin menghampiri detik pentingnya. MURAI melihat OMODA...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Pelancong Dakwa Terpedaya Harga Makanan RM2 Di Kawasan Tumpuan Pelancong

  2. 2

    Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2026- Golongan Manakah Yang Layak Terima?

  3. 3

    Garfu Kayu Bentuk Kepala ‘Batman’ Undang Kritikan Netizen

  4. 4

    Tolak Cadangan Tunjuk IC, Penjelasan Khairul Aming Buat Ramai Terdiam- “Tak Semua Tahu PDPA Ni”

  5. 5

    Kenali Isteri Ku Li, Madamme Alfi dan Kehidupan Keluarga Bahagia Mereka

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore