Baru-baru ini tular di media sosial mengenai perkongsian gambar di Bukit Broga yang terletak di Semenyih, Selangor. Gambar tersebut memperlihatkan kawasan rekreasi itu sesak dengan pengunjung dan terdapat dakwaan mengenai pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Tutup Kerana Langgar SOP

Ekoran itu, memetik laporan dari Harian Metro, Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Hulu Langat Yusri Zakariah dalam mesyuarat Jawatankuasa Kerja Keselamatan Selangor semalam telah bersetuju untuk menutup Bukit Broga.

Berkuatkuasa 27 Jun

Sebagai info, Bukit Broga yang berada di bawah seliaan MPKJ itu tidak menempatkan pegawai secara khusus di kawasan berkenaan memandangkan kawalan ke laluan masuk dilakukan pemilik tanah serta pengendali parkir. Bagaimanapun ianya tidaklah ditutup sepanjang PKPP kerana ianya hanya berkuatkuasa sementara untuk jangka masa selama 2 minggu bermula 27 Jun 2020 daripada sebarang aktiviti pendakian.

Like
Love
Haha
Wow
Sad
Angry