Lumrah ketika memasak tersilap letak bahan perasa mahulupun terlebih. Kadangkala sangkakan garam, rupanya gula dan ada ada jugak dari kalangan kita yang masih tidak pandai mengagak sukatan garam dalam masakan.

Berikut merupakan cara untuk selamatkan masakan anda sekiranya terlebih garam sehinggakan menyebabkan lauk menjadi terlalu masin.

IKLAN

Membilas Dengan Air

via The Hearty Show

Tip ini sangat berguna jika anda memasak masakan yang berbentuk kuah. Caranya adalah mengeluarkan daging, ayam mahupun sayuran dan bilas dengan air untuk mengurangkan masin yang meresap di dalam masakan anda. Setelah itu masukkan kembali ke dalam kuah anda dan masak seperti sediakala.

Menambah Karbohidrat

via Martha Stewart

Karbohidrat berfungsi sebagai penyerap rasa masin dalam masakan. Caranya adalah dengan memasukkan hirisan kentang dalam masakan yang masin. Selain itu, anda boleh mencuba menggunakan segenggam beras yang diikat di dalam uncang dan direndam bersama masakan. Hasilnya masakan anda akan sedap seperti biasa.

Menambah Madu Ataupun Gula

via Sanova

Untuk masakan yang agak kering seperti sambal atau rendang, anda boleh mencuba memasukkan sedikit gula atau madu untuk mengurangkan rasa masin. Tetapi jangan terlebih pula, ini akan menjejaskan rasa masakan anda.

Menambah Cecair

via Serious Seat

Untuk masakan yang berbentuk cecair, selain membilas makanan dan meletakkan karbohidrat, anda boleh mencuba menambah cecair di dalam masakan. Anda boleh mencuba menambah segelas air panas dan merasa kembali masakan. Sikaranya masih masin, tambah lagi sehingga rasa masin berkurangan.

Memasukkan Jus Lemon atau Jus Limau

via India TV

Ramai yang tidak tahu sebenarnya dengan memasukkan jus limau dapat mengurangkan rasa masin masakan. Sifat sitrus jus ini dapat memberikan keseimbangan dalam masakan sekaligus akan mengurangkan rasa masin.

Jadi untuk anda yang selalu mempunyai masalah masakan menjadi masin, cuba amalkan tip di atas untuk menjadikan lauk anda lebih sedap dan lazat.