Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight

“Saya Hanya Mampu Tergelak”- Boy Iman Diisytihar Muflis

by Khai Azfar
July 2, 2020
Share on Facebook

Umum sedia maklum bahawa pelakon Datuk Boy Iman telah menjalankan pelbagai perniagaan termasuk dalam bidang hartanah.

Isytihar Muflis Serta Merta 

Namun, Boy Iman atau nama sebenarnya Noruliman A Rahman,40 telah diisytihar muflis oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, berkuat kuasa semalam (1 Julai 2020). Difahamkan pengisytiharan muflis itu diputuskan mahkamah selepas pelakon ini gagal melunaskan tuntunan lebih RM60,000 dibuat seorang individu pada pertengahan tahun lalu.

Memetik laporan Harian Metro, menurut peguam, Hizri Hasshan yang mewakili pemiutang penghakiman selaku pihak yang memfailkan tuntutan memaklumkan anak guamnya telah pun membuat bayaran penuh sebelum dimaklumkan projek tersebut dibatalkan.

“Anak guam kami menyertai program itu untuk pembinaan rumah jenis Ilham dengan kos sebanyak RM50,000. Malah, pembayaran penuh dibuat anak guam.

“Pembinaan rumah itu sepatutnya siap dalam tempoh enam bulan, namun projek akhirnya tidak menjadi dan pemiutang penghakiman yang menyedari sudah ditipu mahu membatalkan kontrak dan meminta Boy Iman membuat pemulangan wangnya semula.

“Namun, pihak Boy Iman terus mendiamkan diri dan anak guam kami mengambil tindakan undang-undang untuk menuntut haknya serta pembelaan ke atas diri sendiri kerana menjadi mangsa ‘scam’,” katanya

Boy Iman Tergelak 

Dalam perkembangan lain, dalam laporan MalaysiaKini Boy Iman akui hanya mampu ‘tergelak’ selepas membaca laporan muflis mengenai dirinya. Dakwanya, dia tidak tahu menahu atau tidak dimaklumkan mengenai tindakan undang-undang yang akan dikenakan ke atasnya .

“Saya pun baru tahu selepas membaca laporan disiarkan media sebentar tadi. Baru je baca, dan memang tak tahu apa-apa atau tak terima sebarang notis pun.

“Apabila saya merujuk kes ini pada peguam, dia juga memberi maklum balas yang sama. Apa boleh buat? Saya hanya mampu tergelak sajalah buat masa ni,” katanya

Terdahulu, Boy Iman melalui syarikatnya DBI Technology Sdn Bhd melancarkan program pembinaan rumah mampu milik dikenali DBI Homes sekitar 2017.

boy iman
https://lomp.at/ysks4
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Lokal

Hebat! Anak Sulung Linda Rafar Dapat Keputusan Cemerlang ‘Straight A’ SPM

by Naddy Joe
March 31, 2026

Penyanyi dan pelakon, Linda Rafar berkongsi momen istimewa apabila anak lelakinya, Syed Rezaqib Syed Kamaruzaman yang mendapat keputusan cemerlang dalam...

Read moreDetails
Spotlight

“Jangan Bazir Duit Buat Lagu Raya!”- Eric Fuzi

by Phic ARMAN
February 27, 2026

Isu strategi artis baru keluarkan lagu raya kembali jadi perbincangan hangat selepas satu kenyataan pedas daripada Eric atau nama sebenarnya...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Bapa Mentua Kongsi Momen Kamal Adli & Hawra, Netizen Terharu!

by Naddy Joe
February 13, 2026

Baru-baru ini tular satu video di Threads yang memaparkan pelakon, Kamal Adli sedang meluangkan masa bersama anak perempuannya iaitu Hawra...

Read moreDetails
Foto - @pureluxury.mag (IG)
Budaya

5 Filem Romantik Untuk ‘Netflix & Chill’ Dengan Si Dia Semasa Hari Kekasih 2026!

by Nurul A.
February 9, 2026

Tinggal lima hari sahaja lagi sebelum Hari Kekasih tiba! Untuk pasangan yang mahu mencipta momen yang paling romantis dalam suasana...

Read moreDetails
Foto - @mrsaprenamanrose (IG)
Lokal

Aprena Manrose Kesal Isu Anak & Buka Tudung Dikaitkan- “Takut Saya Jadi Gila”

by Nurul A.
February 11, 2026

Pelakon Aprena Manrose menjadi perhatian ramai selepas tampil meluahkan rasa kecewanya baru-baru ini. Luahan itu dibuat susulan ramai yang mengaitkan...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Kekayaan Aliff Syukri Dibandingkan Dengan Vincent Tan, Jawapan ‘Humble’ Shahida Raih Pujian

  2. 2

    [VIDEO] Ini Kisah Rolls-Royce Droptail Milik TMJ Yang Cecah Lebih RM140 Juta

  3. 3

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  4. 4

    Foto Keluarga Camelia Jadi Tumpuan, Wajah Anak Perempuan Salin Tak Tumpah!

  5. 5

    [VIDEO] Iman Kamil Tiba-Tiba Bertatu, Kata-Kata Norreen Ini Buat Ramai Tersentuh

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara