Usahawan kosmetik terkenal, Nur Sajat Kamaruzzaman atau lebih dikenali sebagai Sajat kembali mencuri perhatian netizen selepas ‘senyap seketika’ tanpa sebarang kontroversi.

Gambar Jadi Kecaman 

Difahamkan, sejak kebelakangan ini, pelantun Makhluk Penggoda itu sering kali kali memuat naik gambar-gambar yang menayangkan ‘aset’ tubuh badannya termasuklah mengenai sebuah posting yang menampakkan punggungnya dengan jelas.

Biarpun posting tersebut merupakan tujuan untuk promosi produk perniagaanya, namun rata-rata tidak bersetuju dengan posting tersebut dan bertindak mengecam Sajat kerana memuat naik gambar-gambar sedemikian.

Mahu Sajat Ambil Iktibar

Selain itu, terdapat juga komen-komen daripada mereka yang beranggapan gambar tersebut seperti menjatuhkan maruah Sajat sebagai seorang usahawan.

Biarpun begitu, mereka turut berharap agar Sajat dapat mengambil iktibar atas apa yang terjadi sebelum ini apatah lagi kontroversi kunjungannya ke Tanah Suci Mekah masih lagi hangat diperkatakan.

IKLAN