Bekas bintang porno, Mia Khalifa telah mendapat lebih dari 1.5 juta tandatangan daripada petisyen untuk memadam video-video porno lakonannya sebelum ini yang mana dikhabarkan telah menghantui hidupnya.

Tidak Menerima Royalti 

Terdahulu, Khalifa telah membuat laporan yang mana dia sepatutnya menerima bayaran sebanyak RM 51,366.00 (USD12,000) daripada 11 video paling popular lakonannya sekitar tahun 2014 namun dia tidak mendapat royalti untuk ‘persembahan itu’. Sementara itu, laman sesawang Pornhub dan syarikat produksi BangBros telah menjana berjuta-juta pendapatan daripada video tersebut.

Bagaimanapun, kini Khalifa berkata dia lebih rela sekiranya video tersebut dipadam daripada dibayar lebih kerana dia sudah pun meletakkan titik noktah terhadap karier tersebut dan menyesalinya.

IKLAN

Kesan daripada penglibatannya itu, Khalifa dikhabarkan mengalami trauma serta tekanan emosi kesan akibat dibuli daripada video-videonya. Sebagai rekod, Khalifa terjebak dalam industri itu ketika umurnya berusia 21 tahun.