• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Spotlight Filem

Betul Ke Rupa Lagi Penting Dari Bakat? Ini Reaksi Izzat Mushtaq

by Naddy Joe
July 15, 2020
Share on Facebook

Baru-baru ini, Izzat Mushtaq berkongsi pengalamannya dalam drama terbaru beliau The Bridge 2 yang ditayangkan di Viu pada 15 Jun 2020. Izzat Mushtaq atau nama sebenarnya Muhammad Izzat Mushtaq Hussin memegang watak sebagai Yusof Iskandar, seorang pegawai ICD.

via Astro Gempak

Apakah pengalaman menarik semasa shooting The Bridge 2?

Sebenarnya banyak pengalaman menarik semasa shooting The Bridge 2. Lebih-lebih lagi digandingkan dengan pelakon-pelakon hebat seperti Bront Palarae, Fikri Ibrahim, pelawak Douglas Lim. Hampir setiap hari set kiteorang mesti kecoh dengan diorang.

Tapi, pengalaman yang paling mengujakan adalah scene menembak yang menampilkan Yusof (Izzat Mushtaq). Dalam season 1, Yusof banyak menghabiskan masa di pejabat. He is more of a tech guy. Untuk The Bridge 2, Yusof banyak membuat kerja-kerja luar and he is no longer a tech guy.

Apa perbezaan bekerja dengan kru production The Bridge 2 dengan kru production yang lain?

Kru production drama Leftenan Zana adalah production pertama saya bekerja, lakonan pertama saya. Jadi dari situ sampailah ke level sekarang ini memang banyak perubahan dan jenis-jenis cara kerja kru production yang saya jumpa. Tiada satu pun production yang teruk atau terlampau baik. Semua production okay cuma kita kena pandai adapt dengan cara sesebuah kru production bekerja.

via @izzatmushtaq

Anda mengidolakan pelakon- pelakon veteran seperti Datuk Rosyam Nor dan Datuk Afdlin Shauki. Siapa aktres wanita yang menjadi impian Izzat untuk berlakon sekali dan kenapa?

Banyak pelakon wanita yang saya nak berlakon sekali antaranya Fazura . Tetapi aktres wanita yang jadi impian saya untuk berlakon sekali sudah tentu guru teater saya iaitu Fauziah Nawi. Saya masih belum mempunyai peluang untuk digandingkan bersamanya. InsyaAllah jika ada rezeki saya ingin digandingkan dengannya.

Apa komen Izzat tentang penampilan dan wajah yang menarik lebih mudah dapat offer dari sesebuah production?

Bagi saya, lakonan itu sendiri lagi penting dari fizikal. Saya tidaklah menafikan produser  dan director yang mengatakan wajah yang menarik juga penting. Kita boleh tengok di Hollywood, most of them are very good looking. Bagi saya, adalah lebih baik jika seseorang pelakon itu ingin naik, biarlah sebab lakonan beliau sendiri dan bukan di atas sebab-sebab lain.

Apa perancangan Izzat di masa akan datang?

Shooting saya dengan Fattah Amin masih berjalan. Shooting untuk Gerak Khas pun sama still berjalan jugak. Tetapi saya sangat excited untuk The Bridge 2 sebab dia tidak akan sama dengan The Bridge. The Bridge more to mystery. Tetapi bagi The Bridge 2 is more like boom, more loud, more noise. Hopefully akan ada season 3 untuk The Bridge nanti.

izzat mushtaqthe bridge 2
https://lomp.at/lwlyr
Share5Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Foto - The Star
Insentif

MyKasih 2026: Jom Semak Berapa Jumlah Yang Kamu Layak Terima

by Nurul A.
January 6, 2026

Bermula 9 Januari ini, individu yang layak akan mula menerima bantuan MyKasih 2026 yang akan dikreditkan ke dalam MyKad. Untuk...

Read moreDetails
Sosial Buzz

Langkah Tenang Putera Diraja Tunku Sulaiman Ini Buat Ramai Terpukau

by Phic ARMAN
January 2, 2026

Social Buzz kembali lagi dengan video yang menjadi buala hangat di laman TikTok. Penampilan YTM Tunku Sulaiman Badlishah, putera kepada...

Read moreDetails
Sosial Buzz

Dr Fie ‘First Time’ Cuba Jering Masakan Umie Aida, Reaksi Comel Undang Gelak Peminat

by Phic ARMAN
January 2, 2026

Dr Fie, bekas isteri penyanyi Nubhan, baru-baru ini mencuri tumpuan ramai apabila mencuba jering masakan pelakon era 90an,  Datin Paduka...

Read moreDetails
Filem

Kisah Lama Yusof Haslam: ‘Arwah Menangis Minta Saya Buat Kerja Lain’

by Phic ARMAN
January 2, 2026

Setiap kejayaan yang kita lihat hari ini pasti ada cerita di sebaliknya, dan bagi Datuk Yusof Haslam, legenda industri hiburan...

Read moreDetails
Sosial Buzz

Salah Faham Koc KTM Cetus Perdebatan, Niat Pakcik Ini Buat Ramai Tersentuh

by Iffah Najwa
January 6, 2026

Satu perkongsian di Thread baru-baru ini mengundang perhatian ramai apabila memaparkan insiden salah faham melibatkan penggunaan mixed coach dan women...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    MyKasih 2026: Jom Semak Berapa Jumlah Yang Kamu Layak Terima

  2. 2

    Langkah Tenang Putera Diraja Tunku Sulaiman Ini Buat Ramai Terpukau

  3. 3

    Dr Fie ‘First Time’ Cuba Jering Masakan Umie Aida, Reaksi Comel Undang Gelak Peminat

  4. 4

    Kisah Lama Yusof Haslam: ‘Arwah Menangis Minta Saya Buat Kerja Lain’

  5. 5

    Salah Faham Koc KTM Cetus Perdebatan, Niat Pakcik Ini Buat Ramai Tersentuh

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore