Sunday, June 29, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Budaya

5 Makanan Berbahaya Yang Tidak Boleh Dimakan Oleh Kucing

by Amirul Fikry
August 8, 2020
318
KONGSIAN
Share on Facebook

Kepada semua pencinta kucing mesti ada memelihara haiwan peliharaan ini di rumah. Anda juga mesti pernah berkongsi makanan anda dengan kucing kesayangan kan? Kucing memang suka meminta-minta makanan pada tuannya, terutama sekali sewaktu kita sedang makan. Tetapi tahukah anda, sama ada makanan yang kita makan boleh juga dimakan oleh kucing? Namun, sebagai tuan yang baik, tentunya kita juga sentiasa memerhatikan makanan yang sihat untuk kucing bukan?

Walaupun makanan yang kita makan tidak berbahaya untuk kita, namun belum tentu makanan tersebut juga sesuai untuk si bulus. Jadi, mari kita lihat apakah makanan yang berbahaya yang tidak boleh diberikan kepada kucing kesayangan anda.

Ikan Mentah

via Kucing Kungfu

Ikan mentah dikatakan merbahaya jika diberi pada kucing. Terutamanya ikan tuna yang boleh mengakibatkan keracunan pada kucing kerana kandungan merkuri yang terdapat di dalamnya. Menurut seorang veterinar yang dikenali sebagai Dr Pria, di dalam badan ikan mentah  terdapat enzim bagi menghancurkan vitamin B dalam tubuh badan kucing yang penting untuknya. Ikan mentah juga mungkin mengandungi bakteria dan parasit yang boleh mengakibatkan kucing akan jatuh sakit atau mati.

Jika anda ingin memberikan ikan pada kucing, pastikan ikan tersebut dimasak terlebih dahulu dan jangan lupa untuk mengasingkan tulang dan berikan isinya sahaja.

Telur Mentah

via Kucing Imut

Telur adalah sumber protein yang sangat baik bukan sahaja untuk manusia tetapi juga pada kucing. Namun kucing hanya boleh makan bahagian kuning telur sahaja kerana putih telur mengandungi avidin yang berfungsi melindungi pertumbuhan bakteria pengganggu kuning telur.

Tubuh kucing juga akan kekurangan vitamin B yang diperlukan jika avidin mengikat biotin iaitu unsur pembentukan vitamin B.

Tulang

via mstar

Walaupun kucing liar sering memakan buruannya namun adalah lebih baik jika kita tidak memberikan makanan yang bertulang pada kucing. Apabila kucing tercekik tulang ikan atau tulang ayam, ini amat berisiko terutamanya ia boleh menyebabkan berlakunya kebocoran pada usus, terkena jangkitan atau mengalami masalah pernafasan.

Risiko tulang yang dimakan oleh kucing akan tersangkut dibahagian gigi, gusi, lelangit dan tekak haiwan itu juga sangat tinggi.

Coklat

via amycatz

Walaupun coklat sangat lazat dan kucing juga menyukainya, namun coklat tersebut boleh menjadi salah satu antara makanan yang berbahaya untuk kucing. Selain dari kandungannya yang mempunyai kafein, ia juga mengandungi theobromine iaitu sejenis bahan toksik yang berbahaya terutamanya pada coklat gelap.

Coklat yang dimakan oleh kucing boleh menyebabkan gangguan pada usus dan kucing akan mengalami cirit-birit dan muntah. Jika ia dimakan secara berlebihan, simptom akan menjadi bertambah parah dan boleh menyebabkan sawan atau koma dan mungkin juga kucing akan mati. Jadi, kucing tidak sesuai makan coklat terutamanya coklat gelap yer.

Susu

via Aiskrim Potong

Anda mungkin selalu memberikan susu pada kucing kesayangan anda agar tumbesaran kucing lebih cepat. Sebenarnya, susu memang bagus untuk pertumbuhan namun ianya tidak baik untuk kucing dan sangat berbahaya kepada perut kerana kebanyakan kucing tidak boleh mencerna laktosa iaitu sejenis gula yang terdapat pada produk tenusu.

Apabila kucing meminum susu, ia boleh menyebabkan kekejangan perut dan cirit-birit. ini kerana laktosa yang tidak dihadam dengan baik akan tertinggal di dalam usus kucing dan bukannya mengalir ke dalam darah.

jadi, inilah antara makanan-makanan berbahaya yang tidak boleh sebarangan diberikan pada kucing kesayangan anda. Lebih baik sayangilah kucing kita dengan memberikan makanan khas buat kucing agar nutrisi dan pencernaan mereka tetap terjaga.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
sibuluskesayangan makananberbahayauntukkucing
https://lomp.at/td887
Share175Tweet60SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Terima Pingat Diraja, Pengorbanan Rita Rudaini Dipersoal Netizen-“Apa Sumbangannya Sampai Layak Diiktiraf?”

  2. 2

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  3. 3

    [VIDEO] “Ada Hikmah Abah Sakit, Akhirnya Anak-Anak Bantu Berniaga” – Aliff Syukri Bersyukur Anak Banyak Membantu

  4. 4

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  5. 5

    [VIDEO] Netizen Terkejut Marsha ‘Speaking English’-“Sedap Dengar Accent Dia Tu”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem