Instagram yang kini dimiliki oleh Facebook telah melancarkan fungsi terbaharu mereka yang dikenali sebagai Reels. Menariknya mengenai fungsi ini, ianya dikhabarkan mempunyai kelebihan yang hampir sama dengan aplikasi TikTok.

Kini Dilancarkan 

Fungsi Reels ini membenarkan pengguna untuk merakam 15 saat video bersama audio suara dan membenarkan pengguna untuk menambah mana-mana kesan khas. Pengguna juga boleh berkongsi Reels ini bersama pengguna lain di Instagram menerusi ruangan Reels di ‘Explore’ mahupun di Insta-story sebelum ianya hilang selepas 24 jam dimuantnaik.

Bayar Influencer 

Difahamkan, fungsi ini telah dicuba oleh Instagram di Brazil sejak November manakala Perancis, Jerman dan India pada awal Julai lalu. Dalam perkembangan lain, terdapat laporan yang mengatakan bahawa Instagram telah membayar ‘Influencer’ TikTok untuk mencuba Reels sekaligus memberi saingan terhadap aplikasi tersebut.