Tak usah dinafikan lagi dengan lakonan pelakon Bollywood yang sentiasa wow. Tetapi adakah anda tahu ada di antara mereka pernah memegang watak kontroversi iaitu watak menjadi seorang transgender. Di sini Murai My shortlist siapakah aktor Bollywood yang memegang watak kontrovesi itu. Stay tune guys!

1Johnny Lever

Johnny Lever adalah salah seorang pelakon senior Bollywood. Namanya semakin naik setelah berlakon dalam filem komedi berjudul Dulhe Raja pada tahun 1998. Namun siapa sangka bahawa Johnny berjaya memainkan watak sebagai transgender dalam  filem komedi berjudul Kya Kool Hai Hum pada tahun 2005 bersama aktor Razak Khan.

2Sadashiv Amrapurkar

Sadashiv Amrapurkar memegang watak sebagai seorang Maharani dalam filem Sadak pada tahun 2001. Filem ini berjaya menaikkan nama beliau untuk menjadi pelakon yang berpengalaman di Bollywood dengan membintangi lebih daripada 45 filem sehingga kini. Bukan itu sahaja, Sadashiv juga digandingkan bersama Sanjay Dutt dan Pooja Bhatt untuk filem tersebut.

3Mahesh Manjrekar

Mahesh Manjrekar pernah mengejutkan penonton ketika beliau muncul dalam filem Rajjo pada tahun 2013. Hal ini kerana beliau memegang watak sebagai seorang wanita dan digandingkan bersama Kangana Ranaut. Pelakon berusia 62 tahun ini masih aktif dalam industri hiburan dan membintangi pelbagai filem seperti Dabangg 3 (2019) dan Natsamrat (2016).

IKLAN

4Ashutosh Rana

Ashutosh Rana berjaya membawa watak Lajja Shankar Pandey dalam filem Sangharsh pada tahun 1999. Pada masa itu, beliau berlakon bersama Alia Bhatt dan Akshay Kumar. Penampilannya dikatakan sangat mengagumkan kerana Ashutosh sangat meminati watak tersebut dan filem Sangharsh memperoleh kutipan sebanyak 105362.92 Rupee.

5Akshay Kumar

Akshay Kumar akan membawakan watak seorang wanita dalam filem yang akan datang berjudul Laxmmi Bomb, sebuah filem komedi seram. Laxmmi Bomb ini pada awalnya akan ditayangkan pada Mei lalu tetapi disebabkan wabak yang sedang berlaku, filem ini ditunda sehingga waktu yang belum ditentukan . Poster bagi filem itu menunjukkan Akshay Kumar yang kelihatan cantik dengan sari merah.

Like
Love
Haha
Wow
Sad
Angry