Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Jalan-Jalan

Resort Didakwa Kotor & Teruk, Aliff Syukri Dedah Bukti Sebenar

by Khai Azfar
August 18, 2020
Share on Facebook

Semalam di media sosial tular mengenai resort milik usahawan kosmetik sensasi, Dato Seri Aliff Syukri yang didakwa berada dalam keadaan yang kurang memuaskan dan pengunjung turut mendapat layanan buruk daripada kakitangan Sugeh Hill Resort milik Aliff.

Lipas Dalam Peti Ais 

Perkara itu didedah sendiri oleh atlet bebas yang juga pengamal media sosial terkenal, Abudi Alsagoff selepas dia bersama keluarganya bercuti di resort tersebut baru-baru ini.

Menurut Abudi, beberapa isu seperti kawasan dipenuhi sampah sarap, lipas berkeliaran di dalam peti sejuk dan masalah-masalah lain membuatkan dia dan keluarga berasa sangat kecewa apatah lagi tidak setimpal dengan bayaran yang telah dijelaskan bagi menginap di resort.

So I shared my bad experience at his resort. It was honest and truthful. But instead of improving their staff’s hospitality training, he is threatening me with “DELETE NOW or else” attitude. pic.twitter.com/1C0qmlmaDc

— Abudi Alsagoff (@AbudiAlsagoff) August 17, 2020

Dalam pendedahannya itu juga, Aliff seolah-olah mengugut Abudi untuk memadam posting tersebut dan sekiranya dia gagal berbuat demikian, pihaknya akan memuatnaik bukti serta rakaman CCTV mengenai tingkah laku Abudi dan keluarga sewaktu menginap disitu.

Aliff Kecewa Dengan Etika Keluarga Abudi 

Menerusi carian Murai.my, tidak lama kemudian, Aliff telah memuat naik sebuah rakaman video CCTV di laman Instagram nya. Akui Aliff, sewaktu kejadian tersebut dia sememangnya tidak berada disana.

[VIDEO] "Korang Pergi Lah Kalau Nak Muntah Paku" - Ammar Ahyan Larang Mak Cik Ke Luar Negara

Sebaliknya, dia akan sedia memantau keadaan di sana untuk memastikan keselesaan dan juga pelanggan berada dalam keadaan baik. Namun begitu, Aliff mendakwa dia kecewa dengan sikap serta etika keluarga pengamal media sosial tersebut yang dilihat agak keterlaluan seperti yang ditunjukkannya di dalam video tersebut.

“Di Lobby,saya rasa tuan juga maklum bahawa lobi bukanlah ruangan untuk berlari atau bermain.di sana adalah ruangan menunggu.tetapi keluarga tuan telahpun bermain bola,makan beramai-ramai di lobi.baring diatas sofa dan mengalihkan perabot dari tempat asal walhal lobi bukan bertujuan untuk aktiviti berkeluarga dan juga pihak tuan sendiri membiarkan anak-anak kecil bermain di sana”

Di kesempatan itu, Aliff mewakili resort nya memohon maaf sekiranya terdapat banyak kekurangan sepanjang mereka menginap disana.

https://www.instagram.com/p/CD_jabqJiQP/

Malah Aliff turut berkata terdapat peti cadangan untuk pelanggan memberi maklum balas agar mereka dapat memperbaiki segala kekurangan yang ada.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
aliff syukriAliff Syukri Sugeh ResortSugeh Resort
Share5Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Ramai Tak Tahu, Terrapuri Heritage Resort Di Terengganu Ini Dibina Daripada Rumah Melayu Tradisional Berusia Ratusan Tahun

  2. 2

    Gambar Pernikahan Anak Perempuan Ku Nan, Nadira Dengan Anak Menteri Indonesia

  3. 3

    Bukan Semua Salah Pemandu! Isu Penunggang Motorsikal Bawa Laju Ketika ‘Lane Splitting’ 

  4. 4

    “Naya Aku Macam Ni…”- RTM Tinggalkan Astro, Rakyat Malaysia Kenang Nasib Orang Tua Di Kampung

  5. 5

    Konsert BTS Di Kuala Lumpur: 10 Hal Penting Yang ARMY Perlu Alert

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara