Thursday, July 10, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Budaya

5 Manfaat Berenang Semasa Pandemi Covid-19

by Amirul Fikry
August 22, 2020
25
KONGSIAN
Share on Facebook

Sebilangan orang mungkin masih takut untuk berenang dan ramai yang masih tertanya-tanya apakah virus Covid-19 dapat menular di kolam renang terutamanya di kawasan kolam renang awam.

Menurut laporan dari New York Post, hingga ke hari ini, masih belum ada bukti bahawa wabak Covid-19 dapat merebak melalui air di kolam renang. Anda mungkin lebih selamat berenang di kolam renang luaran  kerana mempunyai risiko yang lebih rendah berbanding di kawasan kolam renang yang tertutup (indoor).

Di kebanyakan negara, banyak fasiliti kolam renang untuk umum telah kembali dibuka dan telah mula beroperasi. Setelah sekian lama kawasan ini ditutup, pasti ramai yang lebih bersemangat kerana lama juga kita harus lebih banyak berada di rumah sebelum ini.

Berenang memang mempunyai banyak manfaat. Antara manfaat yang kita dapat daripada berenang ialah berenang dapat menjadikan tubuh badan merasa lebih sihat dan cergas. Terdapat banyak lagi manfaat positif yang lain yang dapat diambil dari tabiat berenang semasa pandemi Covid-19. Bukan hanya mengekalkan imuniti, tetapi ada juga manfaat-manfaat lain.

Seperti yang dilaporkan oleh Asia One, sekurang-kurangnya terdapat 5 manfaat positif yang dapat kita perolehi daripada aktiviti berenang semasa pandemi Covid-19. Apakah itu? Jom kita tengok!

Meningkatkan Daya Tahan Tubuh

via Klikdokter

Ketika berada di dalam air, anda akan mengerahkan otot yang berbeza dan bergantung kepada gaya yang digunakan untuk berenang. Air akan meningkatkan daya tahan tubuh terhadap kerja yang dilakukan. Dengan itu, secara automatik, badan akan menjadi lebih kuat.

Meningkatkan Kelajuan

via TaraHap

Biasanya perenang yang baru mencuba akan menghadapi kesukaran untuk berenang dari satu sisi ke sisi yang lain. Seseorang biasanya cenderung terlalu laju di awal dan akan letih di pertengahan. Berenang secara berkala dapat membantu kita menjaga kelajuan yang konsisten.

Mengurangkan Risiko Kecederaan

Dengan tendangan berterusan di dalam air, pergelangan kaki dan pinggul seseorang akan menjadi lebih fleksibel dan kuat. Keadaan ini juga dapat membantu mengurangkan risiko kecederaan kaki.

Membina Kekuatan Bahagian Atas Badan

Berenang dapat membantu menguatkan bahu dan otot di bahagian atas badan yang dapat memberi keseimbangan dan prestasi keseluruhan anda.

Mempercepatkan Proses Pemulihan

Anda boleh melatih otot kardiovaskular anda tanpa kesan yang berat. Sekiranya anda merasa terlalu sakit untuk menggunakan treadmill, maka berenang dapat membantu mengurangkan keradangan otot.

pandemicovid19 wabakcorona berenang gayahidupsihat
https://lomp.at/49lw9
Share13Tweet5SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  3. 3

    [VIDEO] Mirip Prince William? Ramai Tak Tahu Bonda Raja Ahmad Nazim Merupakan Seorang Seniwati

  4. 4

    [VIDEO] Ayda Jebat Kongsi Ragam ‘Diva’ Anaknya Ke Sekolah, Curi Perhatian Netizen!-“Cara Letak Spek Pun Elegan..”

  5. 5

    [VIDEO] Norman Hakim & Abby Abadi Rai Hari Lahir Marissa Dania, Curi Perhatian Netizen!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem